Hantu Movie The Greatest Showman

  • Ceria ini dikatakan berdasarkan kisah benar P.T. Barnum, orang amerika yang mengasaskan Sarkis.

  • Ada banyak nilai usahawan yang kita boleh cedok dari cerita ini, selain lirik-lirik lagunya yang mendalam.

Sekarang, saya mangsa ejekan anak-anak & isteri kalau naik kapal terbang yang ada infotainment. Almost setiap kali naik kapal tersebut, adalah kata-kata,


"tengok tu abiy tengok cerita apa?" tanya si emak. "hmm, apa lagi kalau bukan Greatest Showman" balas si anak. Atau "Cerita Showman lagi??? Macam la takde cerita lain kat skrin tu".


Or even, lepas panggil-panggil abiy dia tak jawab, mula la "khusyuk betul tengok Showman sampai orang panggil pun tak dengar". Padahal, tengah pakai headphone kot.


Entah apa-apa pakatan mereka ni kan?

Ya, memang saya tengok cerita Greatest Showman ni berulang-ulang kali. Lagi-lagi kalau naik kapal terbang yang dengan infotainment yang zaman 90-an.


Contohnya British Airways yang kami naik dari London ke Miami. Sudahlah kapal terbang usang, skrin yang disediakan gelap pula. Daripada habsikan tenaga fokus kepada jalan cerita movie baru, ulangkan saja movie yang sudah biasa tengok.


Lagi-lagi The Greatest Showman ni jenis Musical Movie. Ulang-ulang lagu sampai tertidur pun boleh.


Apa yang Best Sangat?


Kejap lagi saya ceritakan kenapa. Buat masa sekarang, saya ceritakan dulu bagaimana boleh terjebak tengok cerita ni. Segalanya bermula semasa kami dalam perjalanan ke Barcelona tahun lepas.


Waktu itu, kami ke sana untuk menaiki Cruise terbesar di dunia; Symphony of the Sea. Kami naik kapal terbang terbesar di dunia; Airbus A380. Dengan syarikat penerbangan terbesar in this part of the world (luar US); Emirates Airlines.


Menarik betul perjalanan kami kan?


Ya, itulah International Trip Shaklee.


Walaupun dijadualkan bertolak jam 1.10AM, saya cuba lawan perasaan mengantuk. Tujuannya supaya tidak jetlag apabila tiba di destinasi. Barcelona baru jam 6.10PM waktu itu. "Lagi 3 jam lah baru tidur" detik hati. Sambil tunggu supper selepas take-off.