Takdir Penentu Segalanya? Kenapa Ada Yg Kalis Takdir?

Pernahkah anda melihat dua orang kawan yang berada dalam situasi yang sama, tapi hasil yang setiap seorang dapat jauh berbeza?


Sebagai contoh, ada dua orang kawan dari latar belakang yang lebih kurang sama, belajar di sekolah sama, punya kekangan kewangan yang sama, tapi seorang lagi sangat berjaya tapi seorang yang lain sebaliknya. Kenapa, kedua-duanya tidak berjaya atau gagal bersama-sama? Kan situasi mereka itu sama saja?



Banyak orang mudah pasrah dengan keadaan.

  • "sudah ditakdirkan aku lahir dari keluarga miskin, nak buat macam mana?"

  • "sudah takdir aku dapat bos yang tak tahu bekerja, sebab tu aku macam ni"

  • "dah ini saja gaji yang majikan bagi, nak buat macam mana lagi?"

Pasrah dengan keadaan adalah bila kita hanya ingin menyalahkan takdir atas apa saja yang berlaku. Berbeza dengan orang yang berjaya. Walaupun mereka sudah tahu berada dalam situasi yang sukar, mereka juga tahu "semuanya bergantung pada aku, bukan salah orang atau perkara lain".


Sebab, mereka percaya, susah macam mana sekalipun situasi, ia cuma 10% saja. Baki 90% terpulang pada cara kita respon pada situasi tersebut. Kesannya, orang sebegini lebih bertanggungjawab dan berdikari dengan masa depan sendiri

  1. Mungkin betul situasi ekonomi sedikit sukar. Tapi selagi aku keluar mencari prospek, pasti ada yang bersetuju punya. Lagi pun, kalau ekonomi bagus sekalipun, kalau tidak keluar mencari prospek, sama saja tiada hasil juga.

  2. Mungkin betul aku duduk jauh dari mentor. Tapi, selagi aku komited dengan aktiviti bisnes, jarak bukanlah penghalang. Lagi pun, kalau duduk sebelah rumah mentor tapi tidak komited sekalipun, sama saja tidak ke mana.

  3. Mungkin betul aku ada banyak kekangan kewangan. Tapi selagi aku kejar sales & simpan duit untuk bisnes, pasti cukup punya. Lagipun, kalau ada duit banyak tapi tidak diurus dengan baik pun, sama saja tidak cukup wang nak buat apa-apa.

Apa saja situasi yang berlaku, ada neutral. Tidak semestinya buruk, dan tidak semestinya baik pun untuk kita. Namun, tindakan kita terhadapnya yang membezakan. Sama ada kita menggunakan situasi yang terjadi untuk kelebihan kita, atau sebaliknya.


Jadilah orang yang bertanggungjawab pada bisnes sendiri.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon