Shaklee Kickstarter: The First Step

Updated: Feb 15, 2019

  • First step tentang memulakan bisnes Shaklee

  • Juga first step kami buat kelas untuk public


Malam sebelum program #ShakleeKickstarter tadi, saya tak boleh tidur. Sejak jam 12 malam golek-golek di katil, dan bila belek-belek jam tangan, sudah 3.30am! Padahal sudah lari 13km petang sebelumnya. Dengan harapan, badan lebih penat sampai tidur pun lebih awal.


Kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan.


Bila tidur pun sudah jam 3.30am, sudah tentu tak sempat bangun untuk sahur paginya. Isteri pula tanya "masih nak puasa ke?". Soalan yang mengharapkan supaya saya temankan dia sarapan. Goyah juga iman tu. Tapi bila difikirkan Khamis adalah rest day saya dari aktiviti jogging, inilah masanya nak berpuasa.


Jadi, teruskan sajalah niat berpuasa tu.


"Kalau rasa nak pengsan, buka sajalah" detik fikiran saya.


Selesai bagi sharing dalam sejam setengah pagi tu, saya duduk untuk bagi laluan ke isteri saya sebagai MC. Di kaki kerusi tu, elok pula ada air Performance Drink. Entah kenapa, terus buka penutup botol & teguk dalam 3 saat. Sempat telan 2x juga lah. Tekak kering lepas bercakap agaknya.


Lepas tu baru sedar "Ya Allah, puasa lah hari ni!"


Anggap minuman dari syurga sajalah 😂



Apa pun, alhamdullillah, berjaya mengadakan #ShakleeKickstarter; program yang kami harap boleh membantu sesiapa yang ingin memulakan bisnes Shaklee, walaupun bukan downline kami sekalipun (maknanya, terbuka kepada seluruh ahli Shaklee yang berdaftar, tak kira siapa pun upline/sponsor anda).


Sejak pertengahan tahun lepas lagi kami dah merancang untuk menjalankan kelas beginner untuk public sebegini. Tapi bila lepas satu-satu hujung minggu kami penuh dengan macam-macam acara Shaklee, asyik tertangguh saja perlaksanaannya. Sebelum ianya terus tertangguh, kami mulakan saja dengan hari bekerja.


Buat masa sekarang, Khamis hari yang difikirkan paling sesuai. Bergantung kepada permintaan, mungkin boleh diadakan pada hari minggu pula.