• Admin

Kalau Shaklee the Best, Kenapa ada Haters? Ini Sebabnya...

Ada satu hari, admin duduk semeja dengan #iReachFounders. Luahkan sedikit perasaan tentang Shaklee haters. Sambil bagi laporan apa yang mereka dah buat & sedikit prediction tentang langkah mereka seterusnya.

Kemudian, admin tanya, “OK ke, Shaklee ada haters macam ni?”.

Mereka jawab, “we should thanks them for the free marketing”. Sambil tersenyum, dengan matanya melirik tepat ke mata admin.

Lagipun, apa yang nak dirisaukan. Shaklee memang legal & transparent dalam berurusan.

Tapi, admin cuba provoke, “habis tu, takkan kita nak biarkan mereka macam tu saja? Seolah-olah kita mengiyakan setiap tuduhan yang mereka lontarkan!”.

Mereka jawab selamba, “Feedback yang betul, kita ambil. Yang salah, the truth will prevail”.

Kemudian, mereka sambung lagi, “Tak payah buat apa-apa pun. Not worth the time. Tapi kalau rasa ada masa lapang & memang dah gatal tangan, go ahead.”

Maka lahirlah sharing kali ini tentang haters Shaklee. Sambil nak buktikan yang admin buat kerja bagus (sampai layak di sambung kontrak 😂), admin nak ambil kesempatan ini untuk tunjukkan pada dunia apa kisah disebaliknya.

Kisah betapa pengedar Shaklee banyak bersabar selama ini.

Tapi dah sampai masanya, expose siapa sebenarnya balachi.


#1 Salah Faham Vitamin

Mudah untuk kita membenci, bila kita dah salah faham dan pilih untuk tidak mahu faham. Itulah asal usul Islamophobia. Itulah juga nasib yang menimpa industry pemakanan tambahan.

Lebih-lebih lagi pemakanan tambahan yang menggunakan konsep MLM.

Salah faham kuasa dua sebegini, buat sesiapa yang malas berfikir, lebih selesa untuk berpegang pada persepsi, berbanding fakta hakiki. Jadi, suka admin nak jelaskan, beberapa salah faham tentang pemakanan tambahan.

(1) MAKAN VITAMIN DAH TAK MAKAN NASI

Dalam banyak-banyak, ini memang yang paling kelakar.

Bila kawan-kawan tahu kita jual vitamin, dan kita ajak dia keluar makan, boleh dia cakap “eh, kau pun makan nasi?”.

Mula-mula tu ingat, dia saja nak perli, “kau ni…”. Sekali, memang “eh, betul ni. Aku ingat orang yang dah makan vitamin dah tak makan nasi”.

Tak tahu lah mana orang dapat salah faham ni. Sesiapa yang makan vitamin, sama saja makan apa yang kita makan.

(2) MAKAN VITAMIN NAK ELAK MAKANAN SEIMBANG & SENAMAN

Kalau tadi paling kelakar, ini pula salah faham yang paling popular.

Mungkin selalu dengar “dah lah selalu makan fastfood, bersenam pun malas…”, buat mereka salah tafsir “kalau dah makan vitamin, tak perlu jaga makan & boleh elak bersenam”.