Risiko Berniaga Tepi Jalan

Semalam saya & isteri membeli air kelapa di salah sebuah penjual di tepi jalan. Kami memang biasa membeli di situ, hinggakan pekerja sudah tahu "abang/kakak nak 5 bungkus kan?".


Selain menjual air kelapa, mereka juga ada menjual buah-buahan kampung yang lain, seperti nangka, pisang, cempedak & durian.


Minggu lepas, penjual ada mengingatkan kami,

"kalau jadi, mungkin kami akan pindah di XXX minggu depan. lepas ni abang/kakak cari kami di sana ya"

Kami mengiyakan saja, sambil bertanya "kenapa tiba-tiba nak pindah? kan dah lama berniaga di sini?". Penjual menjawab "tak tahu lah. XXX (pihak penguatkuasa tempatan) yang suruh kami pindah".


Tapi semalam, masa kami sampai, keadaan mereka tidak seperti biasa.


Kalau biasanya di pasang 3-4 meja untuk meletakkan semua barang-barang jualan mereka, semalam cuma ada satu meja saja. Sebab nampak macam dah nak tutup, kami tanya "ada lagi ke?". Penjual tu jawab "ada bang, ada. nak 5 kan?". kami senyum sebagai tanda YA.


Sambil mereka memotong & memarut isi kelapa, mereka pun bercerita.


"Sebenarnya hari ni hari pertama pindah ke tapak baru. Sampai tengah hari, tiada satu pun pelanggan membeli. Mana tahan bang. Lepas tu, terus pindah sini semula. Tak tahu lah nak buat macam mana. Banyak buah tak dapat dijual hari ni"


Tidak dinafikan, perniagaan mereka halal dari segi hukum agama. Namun, bila tiada kelulusan bertulis dari pihak berkuasa, perniagaan sebegini jatuh ke kategori "illegal" atau tidak sah di sini undang-undang. Apabila tidak sah di sisi undang-undang, jika berlaku apa-apa, perniagaan mereka terjejas.


Ini antara keadaan banyak peniaga jalanan yang sudah bertahun-tahun beroperasi, tiba-tiba di sita oleh pihak penguatkuasa. Bagi penjual, perniagaan mereka halal, tiada apa-apa masalah pun. Namun bagi penguatkuasa, sebab mereka beroperasi tanpa dokumen perundangan, perniagaan mereka salah di sis undang-undang.


Sebab itu penting untuk mencari perniagaan yang bukan saja halal, tetapi juga yang legal atau sah di sisi undang-undang. Penting untuk sentiasa dilindungi undang-undang. Supaya usaha kita mengembangkan perniagaan selama ini, tidak sia-sia di kemudian hari.


Malah, dapat diwarisi ke generasi anak cucu kita nanti.


Hubungi saya di sini (klik sini) jika anda mencari peluang perniagaan yang halal & sah di sisi undang-undang.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon