Sikap Pada Persiapan Menggambarkan Tahap Kejayaan

Tak sangka, walaupun BLNC sudah seminggu berlalu, masih ada yang memperkatakannya. Lebih-lebih lagi kisah kami yang menjadi salah seorang speaker. Antara kata-kata mereka:


  1. "daripada performance korg atas stage, memang dahsyat korg punya practice"

  2. "apa yang diorg cakap atas stage, bulat-bulat macam masa rehearsal. konsisten betul. memang dahsyat diorg ni training"

  3. "eh, how you practice ah? can be so perfect one?"

kami berlatih di office 2 hari sebelum BLNC

Semua orang nak berjaya dan nak kaya, tapi hampir tiada yang sanggup meletakkan usaha. Semua orang nak sihat & 6-pack, tapi hampir tiada yang sanggup jaga makan & angkat berat. Semua orang nak perform bila dipanggil bercakap atas stage, tapi selagi boleh nak mengelak untuk practice setiap hari.


Kenapa?


Sebab semua orang nak senang, tak mahu susah. Walaupun sudah tahu, memang perlu bersusah-susah sekarang untuk bersenang-lenang kemudian. Tapi, masih keberatan.


Untuk menjadi guest speaker BLNC, kami memang berlatih secara konsisten. Setiap hari sejak dua minggu sebelum event, kami dah rehearse hari-hari. Sampaikan nak pejam mata tidur malam pun, wife masih "jom2, kita practice sat". Sambil kuyu mata nak tidur itu juga saya cakap speech saya. Sebab tu boleh sampai boleh masuk DNA agaknya skrip tu.


Hasilnya, alhamdulillah:

  1. saya agak tenang bila bercakap atas stage depan hampir 1,000 peserta. at least, tak nampak kaku, menggeletar atau blur semacam lah.

  2. saya berpeluang melihat peserta yang hadir dari atas stage. Dengan itu, saya boleh connect & relate dengan mereka sepanjang sesi kami.

  3. point-point yang kami sampaikan, cukup jelas, sampai peserta ingat; siap ada yang boleh ulang apa yang kami cakap atas stage tu.

Ini ada orang rekodkan speech kami:



Kalau nak baca skrip, ada dalam dalam post ini (klik sini).


Begitu juga dalam berniaga.


Mungkin kita lihat seseorang yang sudah berjaya tu nampak "relax saja" pun boleh sales juta-juta banyaknya. Hakikatnya adalah, disebalik tabir, mereka jalankan aktiviti bisnes tanpa henti. Aktiviti-aktiviti bisnes itulah yang melatihnya untuk jadi seorang peniaga yang baik.


Makin lama berlatih, makin baik.


Sampailah, anda juga berjaya seperti mereka juga.


Jadi, jangan ambil mudah aktiviti bisnes yang anda sedang lalui. Itulah proses yang membentuk seseorang untuk menjadi kaya dan berjaya. Selagi anda komited dengan proses yang sama, kekayaan & kejayaan jugalah yang bakal menjadi milik anda satu hari nanti.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon