"Siapa Rasa Anaknya Dapat 6A UPSR?" Tiada Parent Yang Angkat Tangan.

Hujung minggu lepas saya berpeluang menghadiri sesi motivasi untuk mak/ayah yang anaknya menduduki perperiksaan UPSR tahun ni. Di awal sesi, motivator tanyakan soalan ini pada semua mak/ayah yang hadir,

"Siapa rasa anaknya akan dapat 6A dalam perperiksaan UPSR September nanti?"

Laju-laju saya angkat tangan tegak-tegak.


Saya duduk dibarisan paling hadapan & tengah. Sambil angkat tangan saya terus pandang ke depan & tidak toleh ke kanan atau ke kiri lagi dah. Punya lah semangat. Jadi, saya tidak tahu & tidak peduli jika mak/ayah lain turut angkat tangan atau tidak.



Namun, kata-kata motivator selepas itu yang buat saya terpinga-pinga.


"Aik, sikitnya yang angkat tangan. Bayangkan kalau anak kita nampak, apa pula kata mereka? Mak/ayah aku pun dah tak yakin yang aku boleh. Mustahil aku boleh skor 6A nanti."

Itulah juga yang bermain di fikiran saya bila tahu kebanyakan mak/ayah tidak yakin yang anaknya akan skor 6A dalam UPSR. Bila motivator tersebut tanyakan seorang demi seorang kenapa tak yakin anaknya boleh 6A, ini antara jawapan mak/ayah tersebut,


  • "kat rumah malas. asyik tengok Youtube atau main handphone sahaja."

  • "selama dia darjah 1-5 saya sibuk dengan kerja sampai tak peduli pelajaran mereka. sekarang ni rasa macam dah agak terlambat untuk pick-up semula."

  • "saya memang mengharap anak saya dapat 6A. Tapi kita kena realistik juga. Realitinya, result perperiksaan dia selama ni kurang memberangsangkan."

Daripada maklum balas mereka, mungkin mak/ayah ni,

  1. tak tahu apa yang diperlukan supaya anaknya dapat 6A (dont know what it takes)

  2. sedar akan kesilapan abaikan pelajaran anak & pasrah (dibelenggu kegagalan lalu)

  3. rasa dah cuba macam-macam tapi anaknya tidak berubah (stuck sampai give up)

Cukuplah dulu hal mak/ayah atau UPSR ni.


Lebih penting, apa kaitannya dengan dunia bisnes yang kita ceburi?


Di peringkat awal perniagaan, kita akan diuji dengan ilmu-ilmu baru.


Setiap peniaga, perlu tahu teknik marketing. Tak kurang pentingnya, ilmu bersosial supaya prospek berminat membeli dari kita & customer pula setia membeli dengan kita sahaja. Asas inilah yang membezakan seseorang yang berjaya menjana 4-angka sebulan.


Namun, ada sebahagian yang lain belum menjana income walau sesen pun dari perniagaannya. Walaupun mereka bermula dari kosong; sama seperti golongan sebelum ini, tapi ilmu yang mereka dapat sekadar ilmu di dada saja. Tidak diterjemah kepada usaha atau cuba jaya.


Sebabnya, mereka masih dibelenggu dengan kegagalan lalu...


  • "aku tak pandai, ada SPM saja. macam mana nak jadi kalau buat benda ni semua?"

  • "cerita dengan adik-beradik pun sudah kena reject mentah-mentah, apetah lagi kalau dengan orang yang kita tak kenal?"

  • "nak lipat baju pun tak sempat, macam mana nak sediakan masa untuk share pasal shaklee?"

Terakhir, ada masanya kita rasa stuck sebab rasa dah cuba macam-macam.


Golongan stuck ni boleh jadi sebab tak cukup pengalaman. Mungkin sebab masih baru, cara yang mereka tahu mungkin cuma satu dua teknik saja. Selagi belajar & cuba sesuatu yang baru, insyaAllah mereka boleh unstuck. Sebabnya, punca mereka stuck, hanyalah sebab mereka tidak tahu saja.


Ada juga yang stuck sebab dah terlalu banyak pengalaman. Sebab dah terdedah dengan terlalu banyak perkara barangkali, mereka cenderung untuk percayakan sesuatu yang negatif berbanding yang positif. Lebih mudah untuk percaya sesuatu yang negatif sebab yang positif biasanya menuntut usaha yang lebih. Penat.


Percaya hal-hal negatif lebih menyenangkan & memuaskan hati.


Inilah antara musuh dalam diri yang membunuh pernigaan-perniagaan kita. Ya, masih ada faktor luaran yang menghimpit suasana perniagaan kita. Tapi, inilah perniagaan. Pernigaan bukan sekadar pasrah dengan faktor luaran saja. Sebaliknya, apa pun faktor luaran, kita perlu tetap positif dalam mengembangkan bisnes kita,


Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak percayakan perniagaan kita?


Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak percayakan anak-anak kita?

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon