Hati-Hati Dengan Nasihat Percuma Yg Bagus Kononnya

Kata orang, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Namun, perniagaan juga bukan semudah makan gaji. Ia menuntut jiwa yang besar, fikiran yang matang, strategi yang berkesan & peluang yang terbentang.


Akan tetapi, anda akan menerima macam-macam nasihat dan pandangan sepanjang jalan. Seeloknya, anda pilih mentor yang mampu tunjukkan anda jalan yang betul. Jalan yang jika anda ikuti, tidak sesat dari tempat yang dituju.


Mentor adalah orang yang paling inginkan anda berjaya.


  • Mereka tahu, jalan yang anda akan lalui penuh dengan pelbagai cabaran & liku. Macam mana dia tahu? Sebab dia pun pernah melaluinya suatu ketika dahulu.

  • Sebab mereka faham cabaran yang bakal anda lalui, selagi boleh mereka nak bantu. Mentor adalah orang terakhir yang nak tengok anda jatuh tersungkur. Justeru, nasihat yang terbaik saja yang akan mereka berikan pada anda.

  • Mentor juga faham, tiada short cut dalam kejayaan. Walaupun rasa perit melihat anda melalui macam-macam dugaan sampai hampir putus asa, mentor juga tahu itulah proses yang anda perlu lalui supaya lebih kukuh jatidiri.


Anda hanya perlu komited dengan mentor tersebut walau apa pun yang terjadi.

Cabarannya, akan wujud pihak ketiga. Pihak ketiga ini tidak faham dengan apa yang anda cuba lakukan. Sebab itu mereka mula menasihatkan macam-macam:


  • "jual produk orang bukan bisnes. bisnes hanya bila menjual produk sendiri". Habis tu Tesco atau Giant yang sah-sah jual produk orang lain tu apa? Scam?

  • "bisnes apa yang kau buat ni. asyik bersusah-susah sana sini". Bisnes apa yang senang? Semua bisnes pun ada cabarannya. Bisnes yang boleh goyang kaki, kalau bukan scammers memang tukang jahit sahaja.

  • "tak kesian ke tinggalkan anak-anak untuk berniaga?". Berniaga ni pun demi anak-anak. Kenapa kalau pergi kerja boleh tinggal, tapi kalau berniaga tak boleh?


Lebih sedih, nasihat-nasihat di atas datangnya dari orang yang kita sayangi & hormati. Boleh jadi dari keluarga sendiri (mak/ayah, pasangan, adik-beradik), kawan-kawan mahupun macam-macam trainer, ahli agama atau tok guru di luar sana.


Mungkin mereka rasa nasihat yang diberikan demi "kebahagiaan kita". Tapi, selagi mereka belum berjaya dalam jalan & industri yang kita ceburi, abaikan saja nasihat percuma mereka.


Hakikatnya:


  • Trainer yang cakap "jual produk orang bukan bisnes. bisnes hanya bila menjual produk sendiri" tak pernah ada perniagaan lain selain menjual tiket seminar saja.

  • Ahli keluarga yang cakap"bisnes apa yang kau buat ni. asyik bersusah-susah sana sini" cuma nak kita "lebih terjamin" kononnya dengan bekerja makan gaji saja.

  • Kawan yang cakap"tak kesian ke tinggalkan anak-anak untuk berniaga?" adalah suri rumah yang sudah sangat selesa dengan keadaan sedia ada saja


Niat mereka mungkin baik. Tapi caranya tidak.


Melainkan anda memang ingin hidup seperti mereka, abaikan saja nasihat-nasihat percuma sebegini. Rapatkan diri dengan mentor masing-masing, supaya jiwa tetap tenang dikata macam-macam oleh orang sekeliling.


Mencari mentor? Hubungi saya di Contact.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon