Jual Produk vs Bina Organisasi - Patut Pilih Yang Mana?

  • Ada penggiat MLM yang beranggapan "menjual saja sudah cukup". Namun, ada juga berfikirkan "membina organisasi baru betul". Jadi, cara yang mana sepatutnya anda pilih?

Kami mula berniaga Shaklee dengan menjual produk. Alhamdulillah, hasil sharing & follow up yang konsisten, bisnes Shaklee kami berkembang pesat. Dari jualan peribadi (personal sales) RM0 berkembang ke RM50,000-60,000 sebulan dalam masa lebih kurang 10 bulan.


Masalah mula timbul bila jualan terlalu banyak.


Sebab terlalu banyak produk yang perlu pos sendiri (packing, tulis kertas pos laju, etc), kami hanya boleh tidur mulai jam 2.00-3.00 pagi hampir setiap hari. Walaupun keesokan paginya kami perlu ke sampai ke pejabat jam 8.00 pagi.


Kawan-kawan lain asyik menjamu selera semasa lunch hour, kami pula berkejar ke pejabat pos laju untuk mengepos setiap tempahan pelanggan seberapa segera. Selesai beratur, dah habis waktu makan. Hanya mampu, tapau & makan sambil sambung bekerja di pejabat.


Walaupun sudah punch out seawal jam 5.00 petang sekalipun, memang maghrib baru boleh sampai ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, perlu singgah dulu ke pejabat pos laju di KL Sentral (sebab itu saja yang masih buka) pos tempahan yang tak sempat diuruskan masa lunch hour tadi.


Letih? Memang tersangat letih.


Lebih letih apabila, walaupun sudah begitu struggle menguruskan bisnes ini, sampai tahap PENAT MAKSIMA orang kata, jumlah jualan seperti stuck & tidak lagi berkembang. Semua usahawan pasti pernah lalui fasa ini.

Masa tu baru sedar, kami tiada cawangan untuk terus berkembang.

Katakan kita buka kedai di sebuah kampung. Jualan pada mulanya memang kencang. Sebab semua orang kampung berpusu-pusu membeli di kedai kita. Waktu itu, sales memang naik mencanak-canak. Katakanlah hingga ke tahap RM10,000 sebulan.


Namun, akan sampai satu masa jualan kekal di takuk lama. Jualan tetap saja RM10,000 sebulan walaupun kita dah buat macam-macam. Ini kerana, market kita terhad kepada penduduk kamoung itu saja.


Dari situ, sales hanya boleh terus berkembang jika kita mampu tarik market penduduk kampung lain. Dan satu cara untuk tarik penduduk kampung lain, ialah dengan membuka cawangan kedai di kampung mereka, kan?


Dalam bisnes MLM, membina organisasi yang terdiri daripada business partner umpama membuka cawangan kedai yang baru. Sebab itu, dalam MLM, selain menjual, membina organisasi juga tidak kurang penting.


Hanya dengan kehadiran business partner lah kita boleh capai pasaran yang kita tidak pernah & tidak boleh capai pun. Untung bagi mereka kerana boleh sama-sama dapat income seperti kita. In return, pihak syarikat akan bayar kita upah melatih business partner sebegini.


Kalau nak tahu, melatih business partner jauh lebih payah daripada menjana jualan tau.


Justeru, menjual produk adalah penting. Kerana ia adalah asas kepada apa pun jenis perniagaan. Namun, membina organisasi juga tidak kurang pentingnya. Sebab, hanya itu saja jalan untuk bantu lebih ramai pengguna dapatkan produk yang kita pasarkan.


Persoalan seterusnya,

Kenapa ada yang lebih suka memilih "sama ada jualan atau organisasi" daripada buat saja kedua-duanya?

Sekali imbas ia umpama membahaskan "lagi elok puasa sunat atau solat sunat saja cukup?".


Jawapannya, dua-dua pun elok kan? Dua-dua pun sama dapat pahala. Dua-dua pun boleh dilakukan serentak. Bukannya bila sudah berpuasa sunat tidak boleh mengerjakan solat sunat kemudiannya, kan?


Kemudian saya terfikir, mungkin yang tanya ni ada preference atau kecenderungan terhadap sesuatu melebihi yang lagi satu. Hingga membuatkan mereka rasa serba salah tidak melakukan yang lagi satu.


Sebagai contoh, dulu saya lebih suka mengaji berbanding solat. Saya boleh duduk sejam dua menghabiskan 2-3 Juz sekali hadap, berbanding duduk sejam dua untuk mengerjakan solat sunat tasbih 12 rakaat contohnya.


Walaupun sudah tahu yang kedua-duanya pun elok, sama dapat pahala & sangat penting.


Di sinilah timbulnya persoalan,

hanya nak buat apa yang kita suka, atau buat apa yang sepatutnya?

Bagi golongan tak tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan orang & atau jenis cuma nak cepat “baik aku buat sendiri sajalah begini”, memang lebih selesa untuk menjual berbanding membina organisasi.


Dengan Internet & media sosial, ceritakan saja #ShakleeEffect sudah boleh jana jualan. Jika pelanggan tersebut tidak membeli lagi (sebab dia tidak follow up contohnya) pun tidak mengapa. Sebab boleh saja tarik pelanggan baru setiap hari. Memburu sales agak mudah kerana kita mengawal hampir semua keadaan.


Membina organisasi tidak sebegitu mudah.


Sebab, membina organisasi umpama bertani.


Bermula dengan menyemai benih yang paling baik, perlu disiram & dibaja dengan bahan terbaik & perlu dipelihara dari serangan serangga atau binatang yang boleh merosakkan tanaman kita bila-bila masa saja.


Itupun, beberapa peratus dari tanaman yang kita sudah jaga sepenuh kasih sayang pasti ada yang tidak sempurna. Tetap saja diserang binatang lah, benih yang tak tahan cuaca panas lah, sudah berbuah tapi buahnya kurang manis lah, dsb.


Dalam bisnes Shaklee lebih kurang begitu.


Perlu pujuk prospect sampai bersetuju nak jadi business partner kita. Seterusnya, perlu melatih business partner tersebut supaya benar-benar faham selok belok bisnes ini. Sepanjang latihan, perlu yakinkan mereka berkali-kali yang mereka juga boleh lakukannya.


Itupun,

dari lima business partner yang kita latih, biasanya empat akan tewas.
  1. Kalau jenis tak sabar & hanya nakkan fast result, memang mudah untuk kecewa sehingga berputus asa.

  2. Kalau jenis menyendiri & tidak suka/mahu bergaul dengan orang, memang mudah untuk bersangka-sangka daripada berterus-terang hingga mengundang macam-macam salah faham.

  3. Kalau jenis cuma nak buat apa yang dia suka daripada apa yang sepatutnya, korg pun tahu apa jadi.

Masih ingat “golongan sedikit” sebelum ini?


Jadi, ia terpulang kepada kecenderungan kita.


Kalau nak yang senang-senang atau cuma mahu buat apa yang kita suka atau yang sudah selesa, menjual saja lebih baik. Cuma semat dalam jiwa & redha dengan hasilnya jika jualan stuck tidak berkembang ke tahap yang seterusnya.


Bagi yang bersedia mengembangkan potensi diri; contohnya dari segan nak cakap di depan kepada seseorang yang hebat bila membuat pembentangan, juallah produk & binalah organisasi anda. Kerana ini jalan paling ideal untuk mengembangkan bisnes MLM.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon