Memilih Halatuju Selepas SPM

Tidak lama lagi keputusan SPM 2019akan diumumkan. Pastinga calon SPM tak sabar dan menanti dengan penuh debaran kan.



Teringat masa Kak Lyna ambil result SPM dulu. Masa tu sudah pun dalam semester pertama, tahun pertama di Universiti Teknologi Petronas. Sehari sebelum result keluar kami pulang ke kampung dengan menaiki bas. Kemudian terus kembali ke UTP kerana tiada cuti tambahan diberikan.





Bagaimana Kak Lyna boleh ambil result SPM semasa di tahun pertama? Kerana Kak Lyna memasuki universiti dengan keputusan percubaan SPM. Daripada result trial tu mohon untuk ke UTP dan alhamdulillah, lulus interview dan diterima masuk.




Jadi liku-liku perjalanan selepas SPM Kak Lyna tidaklah berpusing sangat. Kak Lyna mengambil jurusan kejuruteraan, Civil Engineering selama 5 tahun sebelum grad di akhir tahun 2004.





Buat adik-adik yang mungkin sedang memikirkan halatuju selepas SPM ni, adik-adik mungkin dah fikirkan ke mana nak sambung belajar lepas ni.

Antara pilihan belajar selepas SPM:-


• STPM - sekolah menengah Tingkatan Enam.

• Kolej Matrikulasi - persediaan untuk ke universiti.

• International Baccalaureate - program diploma/pre-U yang ditadbir oleh International Baccalaureate Organisation (IBO), Geneva, Switzerland.

• Asasi - program persediaan ke luar negara.

• Diploma - universiti.

• Ijazah sarjana muda (degree) - universitiz

• TVET - politeknik & institusi kemahiran.

Yang mana satukah menjadi pilihan? Perlukah ikut kemahuan sendiri, atau kehendak ibu bapa?


Sebelum buat keputusan, fikirlah dalam-dalam. Bincang dengan guru bimbingan kerjaya dan cuba dengar apa saranan mereka. Belajar adalah tentang masa depan kita, bukan untuk jadi popular.

Carilah jurusan yang menyokong cita-cita adik, dan yang membuat adik teruja untuk cemerlang dalam pelajaran. Gunakan sebaiknya masa muda ini, catat sejarah yang terbaik.

Yang penting, jadikan alam belajar di peringkat ini sebagai tempat untuk adik-adik bina network.


Apa gunanya network ni?


Masa Kak Lyna mula-mula kerja sebagai Jurutera dulu, Kak Lyna perhatikan boss Kak Lyna ni bila dia berurusan dengan boss-boss department lain, mereka ada at least satu cerita yang common - samada sekolah sama, belajar di universiti yang sama, buat foundation di tempat yang sama, etc.


Kak Lyna dapati, bila ada kawan-kawan yang bekerja sama-sama macam ni, senang nak berurusan. Kak Lyna pun merasai benda yang sama, bila kebanyakan rakan sekerja Kak Lyna adalah dari kalangan kawan-kawan satu universiti dan satu sekolah dengan Kak Lyna. Kak Lyna taknak cerita panjang tentang ni, tapi harap adik-adik boleh dapat idea di sini, bina network. Di tempat belajar nanti jangan sibuk nak ber-couple tapi sibukkan diri dengan bina network.


Akhir kata, Kak Lyna doakan adik-adik berjaya mendapat keputusan cemerlang dan diharapkan dalam SPM ya!





Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon