Mahalnya, Saya Tiada Duit

Dalam bisnes ini, menjadi tanggungjawab kami sebagai mentor untuk menyediakan alat bantu & latihan kepada setiap rakan niaga. Cabarannya adalah, semua ini bukan percuma. Semua ini ada kos yang perlu dibayar, hingga kami perlu caj pembeli & peserta.


Memang ada seminar kami yang percuma; #iReachStartUP & Leaders MeetUP contohnya, walaupun kami terpaksa membayar sewa untuk bilik tersebut. Tapi seminar-seminar kami yang lain menuntut bayaran. Selain untuk menampung kos sewa, juga sebab nilai yang ditawarkan bakal upgrade masa depan dan kewangan peserta. Investment orang kata.


Yang namanya "perlukan bayaran", sudah tentu ada desas-desus yang mengatakan,

  • "ala, kena bayar ke"

  • "ala, mahalnya"

  • "tapi, saya tiada duit"

Kami tidak kisah jika seseorang ingin menyertai seminar atau membeli alat bantu kami atau tidak. Walaupun yakin setiap yang kami tawarkan berbaloi dengan nilai yang peserta belanjakan, hakikatnya tidak semua sudah bersedia atau mampu menghargainya.


But please, jangan cakap "mahal" atau "tiada duit" atau "tak mampu".


"Tiada duit" sebagai alasan untuk tidak menyertai seminar bisnes, umpama seorang pelajar yang gagal matematik berkata "bila saya dah skor A baru saya ambil tuisyen ya". Walhal, sebab pelajar tersebut belum skor A lah dia perlu ke tuisyen kan? Perlu laburkan dalam tuisyen, baru makin nampak cara nak skor A Matematik, bukan?


Lebih drama, orang yang complaint "tiada duit untuk ke seminar bisnes" juga:

  • Masih mampu enjoy makan luar yang boleh tahan harganya beberapa kali seminggu.

  • Masih mampu menyertai macam-macam acara sukan berbayar, paling popular sukan maraton sekarang ni. Siap dah book tambang & hotel. Yang semestinya lebih mahal.

  • Yuran seminar yang tiada kaitan dengan bisnes, boleh saja attend. Walhal jauh lebih mahal. Siap sungguh-sungguh ajak seluruh business partner turun sama-sama.

Apa benar, "tiada duit".


Atau, tidak cukup komited?


Kata-kata "mahal" atau "tiada duit" atau "tak mampu" adalah self-sabotaj yang hanya merugikan diri sendiri. Kita sanggup habiskan berpuluh ribu ringgit untuk sekeping Ijazah yang menjanjikan gaji RM2,500 sebulan, empat tahun kemudian. Kenapa RM100 yuran seminar untuk bonus RM10,000 sebulan, selepas 1-2 tahun tahun, dikatakan mahal?


Fikirkan, apa keutamaan kita sebenarnya?

160 views1 comment
Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon