Perut Turun 2 Inci Dalam 3 Minggu

Balik dari mesyuarat menjadi guest speaker bersama pihak pengurusan Shaklee, saya terus ke kedai tukang jahit untuk menempah sepasang suit.


Terpaksa menempah sepasang lagi suit sebab suit yang lama sudah macam ketat 😂. Punca utama, berat badan naik sejak balik dari travel cuti sekolah Dec 2019.


Kalau balik travel sebelum ni, badan makin kurus. Tapi sejak makanan halal makin banyak di luar negara, makin susah nak control makan. Tak makan rugi, bila dah di tempat orang ni.


Selesai ambil ukuran baju, saya nekad untuk kuruskan badan. Sebab, macam tak berapa sesuai nak bercakap di atas stage tentang produk kesihatan, sedangkan badan kita ni terserlah bulatnya.


Masalahnya pula, penimbang berat kami di rumah entah kenapa tiba-tiba rosak. Jadi, saya terpaksa cari cara kira lain. Cara kira paling mudah, iaitu ukur lilit perut paling maksima. Atau istilah mudah, "ukuran tayar spare". Hasilnya:


Saya rekod progress ukur lilit menggunakan app Apple Health saja.


Ukuran 2 inci tu mungkin nampak "tak banyak mana", tapi bila fitting semula, suit yang sudah dijahit tadi terpaksa di ketatkan lagi dibahagian dada & perut. Sebab, begitu menggelebeh waktu itu.



Jadi, apa yang saya lakukan sepanjang 3 minggu sampai pinggang turun lebih 2 inci?


(1) Detox Shaklee


Kami memang agak konsisten juga buat detox Shaklee sebulan sekali. Idea disebalik detox ialah tingkatkan keberkesanan hati dalam menyahtoksin. Saya mengambil Herblax, DTX & Vivix dengan pemakanan yang terkawal sepanjang tempoh detox. Saya juga ada membuat "mini detox" seminggu sekali menggunakan Herblax.


(2) Pengambilan Kalori


Umumnya, pemakanan saya sepanjang tempoh 3 minggu ini agak seimbang (sayur, daging, buah & nasi). Cuma, saya menghadkan pengambilan karbohidrat; jumlahnya bergantung pada aktiviti fizikal saya pada hari tersebut. Jika tiada aktiviti fizikal, saya kurangkan jumlah nasi seminima mungkin (actually, setakat habiskan nasi anak-anak yang tak habis tu saja). Jika aktiviti memerlukan tenaga lebih, seperti panjat bukit, baru saya ambil nasi segenggam.


(3) Bersenam


Saya memang agak konsisten bersenam. Sekurang-kurangnya, jogging 5-10km setiap hari. Sebab, saya masuk virtual run 21 Day Challenge 100km, jadi saya memang kena habiskan 100km larian sebulan. Selain jogging, ada la juga buat senaman angkat berat serba sedikit dalam seminggu sekali. Tapi sekadar 3-5x dengan 8 rep setiap satu.


(4) Puasa Isnin Khamis


Ada hari-hari yang saya puasa juga. Sambil cuba mendapatkan pahala sunat, berpuasa juga boleh meningkatkan imuniti. Nak-nak musim koronavirus sekarang ni. Biasanya saya sekalikan puasa dengan detox, boleh dapat 2 dalam 1. Cuma perlu minum air banyak-banyak semasa berbuka sebab cuaca agak panas.


(5) No Sugar & Makanan Rapu


Saya memang sudah tidak mengambil minuman manis sejak 7-8 tahun lepas. Minum kopi atau teh sekalipun, tanpa gula. Kalau minum diluar memang letak remark "no sugar". Cuma ada lah juga saat-saat tertelan gula, waktu balik kampung atau kenduri kendara. Nak buat macam mana, itu hidangan air tuan rumah 😂.


Kurangkan berat badan itu sangat penting, lebih-lebih lagi boroi di perut. Sebab terlalu banyak kajian yang mengaitkan kegemukan dengan macam-macam penyakit kronik.


Ada satu benda yang orang lain buat untuk kurus tapi saya tak buat (tapi still kurus juga). Nak tahu apakah itu? Hubungi saya dengan klik di sini.

78 views1 comment
Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon