Kuasa konsisten dalam bisnes

Artikel kali ini berkisar,

  • Sesuatu yang penting biasanya tidak hype & sexy, tapi sangat penting untuk diri kita. Bisnes akan jadi luar biasa jika kita mampu abaikan hype tapi konsisten dengan asas.

  • Jutawan senyap bukannya mereka tidak buat apa-apa tapi tiba-tiba saja berjaya. Sebaliknya, mereka konsisten dengan aktiviti bisnes sampai tidak sedar sudah berjaya.

Banyak orang mengharapkan hasil yang cepat dalam bisnes. Apabila sesuatu usaha bisnes tidak mendatangkan hasil secepat yang diharapkan, kita akan mula buat kesimpulan,

"ah, ini tidak jadi"

terlalu awal. Terlalu awal kerana tidak menampakkan kesan keesokan harinya.


Setiap hari kita memberus gigi dua kali sehari. Tetapi, adakah nampak kesannya sejurus selepas berusan pertama atau kali kedua? Biasanya, tidak nampak apa-apa kesan pun.


Jika habit memberus gigi ini kita guna "mindset nak hasil cepat" dalam bisnes itu tadi, sudah tentu kita akan berhenti memberus gigi. Dan bila kita sudah berhenti memberus gigi, apa yang akan terjadi pada gigi kita? Sudah tentu makin rosak dan makin banyak karies gigi.


Begitu juga kalau kita nak kurus dengan bersenam di gimnasium.


Hari pertama kita bersenam, takkan nampak apa-apa kesan. "Tayar spare" masih ada di situ, peha masih besar seperti biasa & seluar jeans yang kita suka masih belum dapat butang pun. Walaupun hakikatnya, hari pertama kita bersenam tu sudah macam orang gila.


Tapi, kita teruskan juga bersenam di gimnasium.


Hari kedua, pun sama. Tidak nampak apa-apa kesan. Selepas seminggu sekalipun, mungkin belum nampak kesan pun lagi. Tapi perlahan-lahan, kita dapat rasa perubahan dalam diri. Badan makin bertenaga dan naik tangga makin tidak semput seperti biasa.


Lama-lama, baru kita makin kurus, makin kurang lemak, makin banyak otot. Baru lah berat makin turun, seluar zaman bujang makin muat & jeans lama dah boleh butang!


Lama tu bila?


Boleh jadi sebulan, boleh jadi setahun, atau boleh jadi sedekad.


Selagi mana kita konsisten untuk tempoh itu, sudah tentu akan makin kurus kan?


Begitu lah juga dalam dunia bisnes.

Bukan satu strategi gempak yang akan buat bisnes kita hebat. Dan bukan satu event yang akan buat kita jutawan.

Akan tetapi, beberapa aktiviti bisnes yang nampak kecil tapi kita dilakukan secara konsisten walaupun orang lain tidak nampak, itulah yang akan buat bisnes kita terus berkembang.