Kesan Harga Minyak Jatuh Teruk Pada Rakyat Malaysia

Harga minyak dunia jatuh teruk ke paras sekitar USD30 dalam dua hari lepas. Penurunan by 30% ini yang paling teruk sejak 20 tahun yang lalu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia jatuh teruk. Antaranya sebab wabak Covid-19 yang masih berlarutan.

Apa kesannya pada kita, rakyat Malaysia?


Sebagai pengguna, kita mungkin seronok dengan harga minyak RON95 yang turun ke RM1.89 seliter. Sebab, kita boleh jimat berbelanja. Dan harap-harap, kos sara hidup juga lebih rendah (peniaga menurunkan harga barang).


Namun, mungkin sebaliknya yang berlaku.


Malaysia negara pengeluar & pengeksport minyak, dan peratus sumbangannya pada pendapatan negara agak tinggi. Jika harga minyak makin rendah, nilai eksport kita juga turun. Bila nilai eksport negara turun, biasanya nilai ringgit juga jatuh. Dan bila ringgit jatuh, harga barang yang kita import dari luar negara juga semakin mahal.


Bila kos barang yang diimport makin mahal, harga jualan di Malaysia juga terpaksa di naikkan. Walaupun harga minyak makin murah, peniaga masih tak mampu menurunkan harga barang. Sebab kos import yang kian meningkat. Akibatnya, kos sara hidup kekal tinggi.


Industri minyak dan gas antara penyumbang kepada sumber pendapatan negara. Dengan harga minyak yang rendah, pendapatan negara juga jatuh. Bila pendapatan negara jatuh, semakin susah untuk negara buat projek untuk merancakkan ekonomi. Kedua, tidak mustahil kerajaan akan memperkenalkan semula GST untuk ganti pendapatan yang hilang. Dengan kata lain, harga barang juga mungkin naik.


Industri minyak dan gas juga merupakan salah satu penyumbang utama kepada peluang pekerjaan. Namun, bila harga minyak semakin murah, akan ada projek yang tidak dapat diteruskan. Sekurang-kurangnya, projek baru semakin terhad. Sebab harga jualan minyak yang rendah tidak dapat menampung kos operasi perniagaan yang tinggi.


Jika situasi ini berpanjangan, berkemungkinan syarikat minyak dan gas terpaksa memotong gaji setiap pekerja ataupun mengurangkan jumlah pekerja sama sekali. Contohnya industri penerbangan yang sudah terkesan dengan wabak Covid-19, Malindo Air sudah memotong gaji pekerjanya hingga 50%. Jika industri minyak dan gas terpaksa berdepan dengan situasi yang sama, banyak juga pendapatan seisi rumah yang terjejas.


Lebih malang, kemelut politik negara masih belum reda. Jika ahli politik masih sibuk melayan isu-isu politik berbanding menyelesaikan masalah yang rakyat sedang hadapi, kita jadi terbiar dan terkontang-kanting tidak tahu apa yang perlu disiapkan.


Kita tak boleh jangka apa lagi yang akan terjadi. Satu-satunya cara ialah bersedia untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan. Dan, bertanggungjawab dengan masa depan sendiri. Supaya lebih berdikari dan tidak menjadi mangsa keadaan; macam mangsa situasi politik yang sentiasa berubah sekarang ni.


Jalan terbaik, mulakan perniagaan yang kalis ekonomi.


Ingin tahu bagaimana rupa perniagaan kalis inflasi? Hubungi saya di sini (klik sini).

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon