Kenapa Vitamin Adalah Keperluan?

Vitamin sudah bukan lagi pilihan, tetapi adalah keperluan. Sebabnya:


(1) Nutrient dalam sayur-sayuran semakin berkurang


Landmark Study yang diterbitkan pada tahun 2004 oleh Dr Donald Davis dari University of Texas mendapati kandungan nutrient untuk 43 jenis tanaman pada tahun 1999 berkurangan 6% hingga 38% sejak tahun 1950. (klik sini untuk abtract kajian beliau di Journal of American College of Nutrition). Dalam 50 tahun saja, kandungan nutrient merudum hampir separuh.


Ini disebabkan tanaman komersil secara besar-besarkan atau "mass agriculture" dengan segala macam racun pestisid & ubahsuai genetik (GMO) supaya ianya lebih tahan lasak & tidak cepat rosak. Kalau dulu padi dituai 1 - 2 kali saja setahun. Tetapi pada sekarang dituai 3 - 4 kali setahun. Akibatnya, tanah yang tidak sempat "sembuh" setiap kali tuaian menyebabkan tanaman juga tidak mendapat nutrient yang secukupnya. Apatah lagi buah yang dijual sekarang banyak yang "masak atas jalan"; perjalanan dari tanaman hingga ke kedai atau pasaraya; bukanlah betul-betul masak dari pokok baru dipetik untuk dimakan..


Sebab itu alasan "datuk nenek dulu tak ambil vitamin pun OK saja" tidak boleh pakai. Sebab nutrient dalam sayur & buah zaman mereka jauh lebih kaya dari zaman kita sekarang. Kini, walau sudah mengambil sayur & buah yang banyak, belum tentu badan kita mendapat nutrient yang secukupnya. Cara paling efektif untuk menampung kekurangan nutrient ialah dengan pengambilan vitamin.


(2) Pemakanan yang semakin tidak seimbang


Kos sara hidup zaman sekarang kian meningkat, hingga keutamaan mengambil buah & sayur kerap dilupakan. Lihat saja menu kebanyakan kedai makan, kuantiti sayur sangat minimum. Paling-paling yang ada pun cuma secubit timun ataupun taugeh, selebihnya carb semata.

Contoh makanan seharian yang kurang seimbang (terlalu banyak nasi & terlalu sedikit sayur)

Harga buah juga boleh tahan mahal. Majority keluarga tidak mengamalkan buah sehari-hari.


Gaya hidup zaman sekarang yang sangat menekan dan sibuk pula membuatkan banyak orang selesa menggunakan alasan "sibuk" atau "tidak sempat" untuk mengambil makanan segera seperti Mc Donald. Apatah lagi apabila harganya lebih murah dari makanan sihat.


Sebab itu, pengambilan vitamin bukan lagi pilihan zaman sekarang. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya, berdepan dengan macam-macam tekanan kerja dan terdedah dengan macam-macam kuman dan virus.


(3) Penuaan akibat kekurangan nutrisi badan


Ada yang baru 30-an tetapi sudah kelihatan sangat tua & dijangkiti macam-macam penyakit kritikal. Ada pula orang lain yang sudah berumur 50-an tapi masih awet muda & bebas dari sebarang penyakit. Ini kerana, penuaan bukan bergantung pada umur, tetapi pada kecekapan fungsi badan. Badan akan berfungsi dengan baik jika diberi nutrisi secukupnya.


Sebab itu, semakin meningkat usia, semakin memerlukan vitamin berbanding sebelumnya. Bukan sebab badan "semakin bergantung pada vitamin", tetapi semakin berumur, badan semakin tidak dapat berfungsi dengan baik setiap kali tidak mendapat nutrisi yang secukupnya. Apabila sistem imun tidak berfungsi contohnya, amat mudah dijangkiti virus.

Sebab itu warga emas antara yang paling mudah dijangkiti penyakit.


Semua ini menyebabkan, vitamin bukan lagi pilihan, tetapi adalah keperluan. Sebab itu wajibkan diri untuk mengambil vitamin setiap hari. Dan pengaruhilah orang yang kita sayang & care (pasangan, keluarga, mak/ayah, kawan-kawan etc) untuk mengambilnya juga.


Demi kebaikan mereka.

1,127 views
Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon