• Admin

Kenapa Shaklee Begitu (dan Dijamin) Berkesan?

Secara purata, pengguna Shaklee mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee hingga 18 tahun. Maknanya, kalau pembeli mula membeli Shaklee pada umurnya 50 tahun, dia akan konsisten menggunakan produk Shaklee hingga umurnya 68 tahun. Kenapa cuma sampai 68 tahun? Sbb dah sampai ajal, nak buat macam mana.

Itu cuma purata.

Tetapi, situasi sebenar, banyak yang menggunakan Shaklee hingga 30-40tahun. And counting! Kenapa still counting? Sebab dia masih hidup!

Anda cari mana-mana vitamin jenama lain, berapa lama mereka setia menggunakannya? Hampir pasti, 10 tahun pun payah. Majority pengamal vitamin bertukar-tukar jenama kerana vitamin yang mereka guna sebelum itu tidak berkesan. Sampai lah, mereka ditemukan dengan Shaklee.

Soalannya, kenapa pengguna Shaklee begitu setia?


#1 Hanya Saintis Terhebat di Shaklee

Ada beberapa Saintis terkenal yang admin nak kongsikan:

(1) Dr Forrest Shaklee

Beliau adalah pengasas Shaklee. Tengok nama pun dah tahu kan?

Beliau mendapati, banyak pesakit yang terlebih makan (overfed) tapi masih kekurangan nutrisi (undernourished). Dari situ beliau percaya, kekurangan nutrisi adalah punca kepada macam-macam penyakit. Mulai dari itu, beliau sangat menekankan kepentingan pemakanan untuk kekal sihat. Sehingga, pada tahun 1915, Dr Shaklee berjaya mencipta “vitalized minerals”; vitamin moden pertama di dunia. Malah, asal usul perkatan “vitamin” juga dikatakan daripada produk ini.

(2) Dr Yasuhiko Kojima

Penerima PhD in Medical Science dari Universiti Tokyo, merupakan saintis pertama di dunia yang discover Interferon. Kemudian, baru saintis barat meneruskan kajiannya. Beliau berjaya discover Interferon semasa membuat kajian tentang vaksin smallpox.

Terinspirasi dengan konsep “harmoni with nature” oleh Dr Forrest Shaklee; setelah 40 tahun mengkaji, beliau akhirnya berjaya menemui sumber semulajadi yang mampu membantu badan kita menghasilkan Interferon sekaligus menguatkan immuniti tubuh. Itulah produk yang kami gunakan sampai hari ini, Nutriferon Shaklee.

(3) Dr Elizabeth Blackburn

PhD dari University Cambridge, ialah Nobel Prize Winner of Medicine pada tahun 2009. Beliau banyak mengkaji tentang Telomeres, pangkal Kromosom yang bertanggungjawab memelihara Kromosom kita daripada rosak. Dr Elizabeth Blackburn berjaya menemui Telomeras; enzim yang memperbaharui Telomeres.

Tak faham? Cukup lah orang umum macam kita ni tahu, penemuan ini sangat penting di bidang Medicine sebab Telomeres adalah biomarkers terpenting dalam menjangkakan jangka hayat (health span & life span) seseorang. Dan Dr Elizabeth Blackburn yang hebat ini juga berada dalam Shaklee punya Scientific Board Advisor.

(4) Dr Gladys Block

Ialah Professor Emerita di Berkeley University California. Professor Emerita ni macam title Professor Emeritus yang Dr Khoo Kay Kim; sejarahwan negara yang terlibat dalam menubuhkan Rukunegara, ni dapat.

Suatu ketika dahulu, Dr Gladys Block nak buat research “betul ke vitamin ni beri kesan pada kesihatan?” dengan membandingkan orang yang makan vitamin dengan yang tak makan. Namun, semua syarikat vitamin reject mentah-mentah proposal beliau. Mungkin takut “kalau terbukti tak berkesan, habis lah bisnes aku”.

Sebab, apa pun keputusan, berkesan atau tidak, Dr Gladys tetap akan publish.

Hingga satu hari, berita tentang kajian beliau ini sampai ke pihak Shaklee, dan Shaklee bersetuju untuk sponsor & beri kerjasama. Hasilnya? High impact research dalam dunia Nutrisi hingga dinamakan “Landmark Study”. Nanti admin explain panjang lebar pasal Landmark Study ni ya.

(5) Dr Bruce Daggy

Beliau pernah berkhidmat sebagai Vice President (VP) Research & Development (R&D) untuk GlaxoSmithKline; syarikat Pharmaceutical gergasi dunia. Namun, selepas membaca jurnal Landmark Study Dr Gladys Block tadi, beliau jadi sangat impressed. Impressed dengan keberkesanan produk Shaklee sampai begitu sekali.

Ya lah, tidak pernah ada mana-mana syarikat yang berani membuktikan produk mereka begitu lama; hingga 40 tahun menggunakan Shaklee. Beliau juga sangat tertarik dengan motto yang diperjuangkan Shaklee; dijamin berkesan, dijamin selamat & dijamin semulajadi. Teruja nak jadi sebahagian daripada revolusi industri kesihatan, beliau bersetuju untuk berkhidmat sebagai Senior VP untuk R&D Chief Science Office di Shaklee, hingga sekarang.

Apa point terpenting yang anda patut tahu di sini?

(1) Shaklee bukan produk picisan yang dibancuh belakang rumah. Juga bukan produk yang cuma ada marketing department tanpa sebarang saintis langsung. Tapi Shaklee dibangunkan oleh saintis terhebat dunia. Syarikat vitamin mana yang ada Pemenang Nobel Prize di dalamnya, selain Shaklee?

(2) Saintis-saintis yang terlibat di Shaklee bukan graduate daripada University bogus entah mana-mana. Tapi, university top 10 di dunia. Jangan hanya sebab belajar dalam negara dan tak pernah dengar nama University Berkeley, Cambridge & Tokyo, senang-senang je cop “tu PhD beli je tu”. Memalukan kaum tau. Kalau betul boleh dibeli sebegitu sekali, tak payah PhD lah, cuba dapatkan Master di sana dulu. Dah dapat, Admin bodek #iReachFounders reimburse semua kos.

(3) Hanya dengan produk terbaik; hasil falsafah syarikat yang jelas, dapat menarik top talent macam ni. Top talent tak pernah bekerja hanya sebab duit macam kebanyakan kita2 ni. Tapi orang bijak pandai tahap dunia ni hanya ingin usahanya memberi impak kepada manusia. Lagi hebat impak yang syarikat itu mampu lakukan, lagi hebat kualiti talent yang mereka bakal tarik.

Sebab itu, top leaders Shaklee hebat-hebat belaka. Talent attract talent katanya. Hanya orang yang berilmu mampu tarik minat orang yang suka dengan ilmu. Yang suka gossip sampai menidakkan fakta, semoga bahagia dengan kebodohan sendiri*.

*walaupun kadang2 tu dah ada degree


#2 Semuanya Dibuktikan Dengan Sains

Shaklee sangat fanatik dengan Proven Science. Kenapa admin katakan PROVEN? Sebab kebanyakan maklumat yang ada di Internet atau majalah adalah mitos semata-mata. Admin cuma mampu simpati, setiap kali melihat pengguna yang buta sains menjadi mangsa kepada putar belit sesetengah pihak tak bertanggungjawab demi melariskan jualan atau menaikkan popularity.

Jadi, apa yang “Proven Science” sangat pasal Shaklee ni?

(1) In House Research

Ini biasa lah. Semua syarikat vitamin pun claim “ada R&D” oleh “saintis terhebat”. Tapi apa yang luar biasa di Shaklee ialah, komitmen untuk 100% dijamin berkesan, 100% dijamin selamat & 100% dijamin semulajadi. Orang yang tahu, dengar 100% ni saja dah jadi excited. Tapi kalau anda tiada feel excited tu lagi, admin nak bongkar satu rahsia.

Banyak syarikat yang jual makanan tambahan jenama lain cuma ada satu dua saja yang “100% semulajadi”. Dalam banyak-banyak tu, paling senang madu lah biasanya. Tapi, lagi 100 produknya yang lain mengandungi bahan kimia sintetik. Tapi, dalam marketing material mereka tetap saja claim “semulajadi” untuk bagi impression yang “produk-produk lain juga semulajadi”. Jujur ke tak tu?

Tapi Shaklee, mereka jamin produk mereka 100% semulajadi, tiada pengawet, tiada bahan kimia, etc. Sesuai dengan falsafahnya yang “harmony with nature”. Malah, Shaklee menghabiskan ratusan juta USD untuk uji berkali-kali bagi memastikan setiap produk yang dikeluarkan bebas racun, kekal pure/potent & komposisinya tetap stabil semasa delivery.

Masih tak percaya sebab “dah mereka saintis Shaklee, memang lah claim 100% dijamin berkesan”. Ok, fine. Nasib baik Shaklee tak terhenti sekadar R&D in house ni saja. Boleh lah admin jawab dengan fakta untuk bagi pencerahan sebenar.

(2) Clinical Study oleh Pihak Ketiga

Bukan requirement syarikat vitamin untuk menjalankan clinical study. Sebab tu, hampir semua syarikat vitamin memang tiada clinical study. Tapi Shaklee tidak. Walaupun bukan satu requirement, Shaklee tetap ingin menjalankan clinical study ke atas produk-produknya.

Sebelum itu, maksud “clinical study” ni ialah produk-produk Shaklee terbukti berkesan kepada manusia; bukan ke tikus seperti yang digembar-gemburkan pemfitnah yang malas membaca.

Malah, Shaklee tak pernah buat apa-apa animal testing dalam makmal R&D mereka. Bukan setakat tak pernah, siap condem lagi tindakan tak beretika sebegini. Binatang pun hidupan yang ada nyawa, perasaan & keluarga juga. Tidak adil kita sebagai khalifah sesuka hati bunuh mereka hanya demi membuktikan apa-apa fakta sains.

Dan Clinical Study Shaklee bukan setakat dijalankan oleh saintis sendiri, tetapi juga dijalankan oleh saintis yang tiada kaitan dengan Shaklee; atau kita namakan sebagai pihak ketiga. Saintis-saintis ini kebanyakannya researcher University. Biasalah University, kadang-kadang tu tiada bajet atau tiada grant kerajaan. Jadi, Shaklee tolong sponsor lah mana-mana yang boleh. Sambil Shaklee pun sejujurnya nak tahu, sejauh mana kebaikan produk yang mereka sendiri jual.

Jujur kan?

Contohnya, study tentang “bersenam dengan multi-vitamin VS tanpa multi-vitamin, ada beza tak?” dalam Journal of Exercise Physiology. Ia membuktikan yang bersenam dengan multi-vitamin lebih baik dengan meningkatkan “lean weight” & “bone mineral density” dan kurangkan risiko kardiovaskular. Agak-agak vitamin apa yang mereka gunakan dalam research ini? Sudah tentu Shaklee! Dah, siapa yang terlebih pandai cakap “tak perlu vitamin” tu?

Yang mati-mati perjuangkan “tak perlu vitamin” tu dah keluarkan berapa jurnal setakat ini?

(3) Landmark Study oleh Pihak Ketiga

Tanyakan pada mana-mana Pengedar Shaklee, sepatutnya mereka dah hafal semua makmulat penting tentangnya by now.

Kalau pandai baca jurnal, boleh dapatkan softcopy lengkap jurnal tersebut di sini. Tapi kalau tak tahu baca, jangan lah tuduh “Shaklee dah beli saintis tu” atau “ini bukan kajian sains”. Bukan apa, malu tau orang lain nampak kebodohan kita. Yang cakap tu pulak, punyalah nak satu dunia tahu betapa bodohnya dia sampai cakap “pengedar Shaklee ni tau tak bezakan clinical study dengan kajian produk?”.

Admin cuma mampu tepuk dahi. Ketepek!

Dipendekkan cerita, Landmark Study ni mengkaji “betul ke multi-vitamin ni ada kesan untuk jangka masa panjang?”. Kajian ini membandingkan orang yang tak makan apa-apa vitamin, orang yang macam vitamin brand popular lain & orang yang makan vitamin Shaklee. Dalam kajian ini, orang yang makan vitamin Shaklee sudah menggunakannya sekurang-kurangnya 20 tahun. Ya, 20 tahun! Malah, banyak yang dah gunakannya selama 30-40 tahun!

Ini yang menarik perhatian Dr Bruce Daggy sampai berhenti kerja di GlaxoSmithKline hanya untuk berkhidmat di Shaklee.

Kalau nak tahu, ini kajian paling bersejarah dalam dunia nutrisi. Sampai sekarang pun, ia masih satu-satunya kajian seumpamanya pernah dilakukan. Melibatkan jumlah peserta yang ramai & untuk tempoh penggunaaan yang sangat lama (sampai 40 tahun tu!). Tambahan pula, kajian ini diterbitkan dalam jurnal antara impact factor tertinggi dalam bidang nutrisi. Yang guna kepala lutut tuduh “Landmark Study” ni cikai, nampak sangat langsung researcher-nya tu.

Hasil kajian Landmark Study membuktikan,

  1. Pengguna Shaklee terbukti lebih sihat daripada yang tak makan apa-apa vitamin dengan yang makan vitamin jenama popular yang lain.

  2. Pengguna multi-vitamin jenama lain punya lebih tinggi risiko untuk kencing manis, serangan jantung, stroke & penyakit koronari lain, berbanding tak ambil apa-apa vitamin. Sebab tu ada doktor yang cakap “vitamin tak guna...”, cuma dia lupa nak sambung ayat tu “...kalau bukan jenama Shaklee”. Sebab, terbukti secara klinikal yang pengguna Shaklee punya risiko jangkitan penyakit kritikal paling rendah berbanding yang tak makan apa-apa vitamin & yang makan vitamin jenama lain.

Sebab tu #iReachFounders pernah katakan dalam speech mereka masa Shaklee Conference hari tu,

“Shaklee is the Best, and nothing comes second”

Dengan segala bukti di atas, Shaklee memang tiada tandingan. Shaklee in its own class. Hanya yang cukup classy, akan ambil Shaklee...


#3 Diiktiraf NGO & Atlit Antarabangsa

Macam yang admin cakap sebelum ni, hanya orang yang cukup classy akan gunakan Shaklee. Orang yang menitik beratkan kesihatan takkan sanggup memperjudikan kesihatan sendiri hanya sebab “produk bumiputera”, “makanan sunnah” dan lain-lain marketing gimmick. Sebab tu banyak sangat kes yang dah cuba macam-macam; sebab Shaklee overated kononnya, akan datang membeliShaklee. Senyap-senyap.

Siapa yang endorse kebaikan Shaklee ni?

(1) Agensi Kerajaan NASA

Kita semua tahu betapa cerewetnya NASA dalam memilih apa-apa bahan, produk atau servis dalam misi mereka. Dalam pada cerewet sebegitu pun, NASA tetap pilih Shaklee untuk membangunkan formula khas untuk bekalan nutrisi angkasawan mereka sampai hari ini. Astro-Ade namanya. Formula khas ini NASA gunakan untuk setiap misi angkasa mereka.

Bukan itu saja, Scott Kelly yang merupakan manusia paling lama pernah menetap di ISS; setahun lamanya, juga konsisten menggunakan produk Shaklee sepanjang berada di sana. Dan vitamin yang mereka gunakan tu (selain Astro Ade) adalah formula vitamin yang sama dengan produk Shaklee di bumi. Kalau lah angkasawan dengan macam-macam ancaman; seperti keadaan tinggi UV, pun terbukti sihat Shaklee, apetah lagi kita yang di bumi kan?

(2) Atlit Terbaik Dunia

Syarikat lain kalau nak ada kaitan dengan atlit dunia, mereka hanya sekadar “sponsored by”. Pemain bola kelab terkemuka, pakai baju yang ada tulis nama syarikat & timang sikit-sikit, selesai. Kemudian, gunakan gambarnya itu di billboard jalanan atau video youtube, dengan harapan “orang yang tengok ni sure akan beli produk aku sebab rasa akan jadi macam dia lepas guna”.

Padahal, atlit tu tak guna pun produk tu. Dibayar untuk bergambar saja.

Atlit Shaklee berbeza. Kalau anda perasan, ia bukan “sponsored by”, tetapi “powered by”. Maknanya, atlit tersebut memang betul-betul menggunakan produk Shaklee untuk kekal sihat & perform. Atlit-atlit ini pula bukan takat main di SUKMA, Sukan SEA atau KOMANWEL saja, tetapi di acara sukan terbesar di dunia, OLIMPIK! Olimpik Rio tahun lepas, 37 #ShakleeAthlete memenangi 16 medal kesemuanya.

Semoga, Malaysia dapat lah satu Gold medal Olimpik tu nanti. Singapore yang kecil tu pun dah dapat satu.

Produk Shaklee juga diuji dalam misi-misi mencabar yang lain. Contohnya, 1983 American pertama yang daki gunung Everest tanpa bantuan oksigen juga ‘powered by Shaklee’. Begitu juga penerbangan tanpa henti mengelilingi dunia dengan Voyager pada 1986 dan first ever recorded expedition ke kutub utara bersama National Geography pada tahun yang sama.

Keberkesanan Shaklee terbukti dalam keadaan bumi yang paling extreme, apatah lagi untuk kita yang cuma ulang-alik pejabat saja, kan?

(3) Diiktiraf Macam-Macam NGO

Admin paling kagum bila Shaklee diiktiraf sebagai syarikat pertama di dunia yang dapat pensijilan zero-carbon footprint. Maknanya, Shaklee sangat menitikberatkan soal sustainability sampai mereka taknak alam semulajadi ada sebarang kesan hanya sebab kita ambil nutrient daripadanya untuk dijadikan produk. Sebelum & selepas Shaklee, alam masih bersih seperti sebelumnya.

Tanya majikan tempat anda bekerja, zero-carbon ke tidak?

Komitmen Shaklee terhadapat semulajadi tidak terhenti pada produk, tetapi kepada kesemuanya. Pensijilan Friends of Sea, iaitu Shaklee hanya ambil sumber ikan yang diluluskan, yang tidak memberi kesan kepada ekosistem hidupan laut. Dianugerahkan EPA Climate Leaders sebab berjaya capai net-zero greenhouse emissions bertahun-tahun.

Nampak tak, betapa hebat pengguna Shaklee?

Only the best people use the best product.

So simple.


Ya, memang pengguna Shaklee obses, taksub & fanatik hingga sanggup terus menggunakannya sampai berpuluh tahun lamanya. Malah, Shaklee satu-satunya syarikat vitamin yang punya kesetiaan pengguna paling lama di dunia.

Tapi, dah tau kan kenapa mereka begitu setia?

Tatkala pengguna Shaklee dikutuk obses, taksub & fanatik Shaklee, percayalah, Shaklee memang terbukti THE BEST dengan sains. Hingga pengguna Shaklee tiada sebab pun nak tukar jenama atau tinggalkannya.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon