Kenapa Saya Pilih Untuk Hidup Berniaga?

Ada orang memilih untuk berniaga sebab nak kaya. Tak kurang juga yang berniaga sebab terpaksa. Ini pula kenapa saya pilih untuk hidup berniaga:


(1) Hidup Bermaruah

Pernahkah anda berdepan dengan bos atau rakan sekerja yang “kuat kipas” (suka membodek) atau yang “mengiyakan saja walaupun sebenarnya sangat tidak bersetuju”? Satu-satunya sebab mereka berkelakuan sebegitu hanyalah supaya dinaikkan pangkat (gaji pun bertambah) atau tidak dibuang kerja kerana melawan bos?


Politik pejabat sebegini kerap berlaku di tempat kerja.


Satu nasihat arwah ayah yang saya ingat sejak mula bekerja “berniagalah; walaupun gaji yang diterima sudah pun 5-angka banyaknya”. Supaya, kita bebas membuat keputusan yang sepatutnya semasa bekerja, walaupun ianya bertentangan dengan pandapat bos atau rakan sekerja. Tidak perlu lagi risau jika disebabkan keputusan yang betul itu, kita dibuang kerja. Sebab, selain gaji, kita juga ada pendapatan dari berniaga.


(2) Berdikari Bila Tua

Jika dipanjangkan umur, kita semua akan tua. Semakin berumur, semakin tidak bertenaga & semakin tiada orang nakkan kita sebagai pekerja. Akibatnya, makin banyak orang tua yang terbiar kenapa sudah kehabisan wang sepanjang hidupnya.


Lagi, kos sara hidup semakin tinggi tak terkata.


Bagi saya, jalan paling selamat adalah membina sebuah perniagaan yang menjadi aset bila sudah tua. Walaupun sudah semakin tenat sekalipun, aset perniagaan itu masih mampu menjana pendapatan berterusan. Dengan cara ini, saya tidak menyusahkan orang lain, terutamanya anak-anak sendiri.


(3) Berani Bermimpi Semula

Setiap orang ada impian sejak kecil. Mahukan rumah banglo, berkereta mewah atau melancong ke seluruh dunia. Namun, semakin meningkat dewasa, banyak yang sudah tidak mempercayainya. Sudah tidak percaya yang diri mereka masih mampu mencapainya.


Punca utama, gaji semakin tidak seberapa. Lebih-lebih lagi, kos tanggungan semakin hari semakin terbeban rasanya. Terperangkap dalam situasi sebegini, kita tersepit antara dua. Sekadar pasrah dengan apa saja yang terjadi pada hidupnya, atau memilih untuk tingkatkan kekuatan kewangan dengan berniaga. Sebab saya masih percaya dengan impian saya,


...saya pilih untuk berniaga

Bersetuju dengan cerita ini tapi masih mencari peluang perniagaan?


Hubungi saya dengan klik si sini.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon