Bukan Semua Orang Boleh Jadi Master Coordinator Shaklee?

  • Ada orang kata "alah, berapa kerat je yang berjaya jadi Master Coordinator Shaklee tu?".

  • Hingga ada yang betul-betul percaya "ye lah. takkan semua pengedar boleh berjaya".

  • Benarkah pasti gagal dalam Shaklee? Jika benar, kenapa?

Antara persoalan yang sering kawan-kawan lontarkan bila di ajak bisnes MLM Shaklee,

"Saudara aku pernah bisnes Shaklee. Tapi aku tengok, tak jadi apa pun. Sebabnya, sistem MLM memang takkan buat semua orang berjaya. Pasti ada yang tak jadi apa punya"

Hujung minggu lepas seorang pakar motivasi UPSR memberitahu para mak/ayah "daripada rekod tahun-tahun lepas, hanya 2% pelajar sahaja yang skor 6A". Macam-macam yang bermain di fikiran saya bila dibentangkan statistik ini.


Antaranya,

  1. Susah sangat ke UPSR zaman sekarang sampai 2% saja yang mampu skor 6A?

  2. Kenapa kerajaan tidak turunkan saja peratus A supaya 20% pelajar boleh cemerlang & lebih bersemangat masuk ke sekolah menengah?

  3. Kalau sudah 2% sahaja yang berjaya, apakah benar niat UPSR ini ingin mendidik pelajar atau lebih kepada menghukum?

Tiba-tiba teringat suasana kerja di pejabat.


Kita ambil contoh syarikat PETRONAS selaku syarikat paling besar di Malaysia. Nak layak diambil bekerja di sana sudahlah payah. Pekerja-pekerja yang berjaya berkhidmat di sana sudah tentu cukup berkebolehan. Namun, kenapa tak semua pekerja PETRONAS pencen sebagai CEO syarikat?

  • Adakah sebenarnya pekerja-pekerja PETRONAS tidak berkebolehan?

  • Adakah syarikat bertindak kejam kepada pekerjanya dengan hanya membenarkan seorang saja yang boleh maju hingga jadi CEO? Lain-lain pencen sebagai pekerja biasa.

  • Tidak kasihankah pada kerani yang gajinya sedikit? Patut mereka ini diberikan gaji tinggi seperti CEO.

Kemudian saya temui jawapan, kenapa tak semua akan jadi CEO.


Pertama, hanya sebab kita nak sangat jadi CEO syarikat terhebat, tak semua pekerja nak jadi CEO. Malah, majoriti sudah terima hakikat yang mereka takkan diangkat menjadi CEO sampai bila-bila. Siap ada yang kalau diberi jawatan CEO sekalipun, mereka menolak. Dengan alasan tidak mahu terlalu sibuk hingga habis masa bersama keluarga.


Priority/keutamaan orang lain-lain.


Kedua, mungkin ada kerani yang berimpian nak jadi CEO. Tapi bila difikirkan cabaran yang bakal dilalui; perlu melabur beribu ringgit untuk sambung belajar sampai Ijazah, perlu lulus macam-macam ujian kelayakan yang semestinya payah, perlu habiskan hujung minggu untuk pejabat punya kerenah, dsb, mereka sudah putus asa nak teruskan impian tersebut. Kerani pun kerani lah.


Tak semua cukup kental hadapi cabaran.


Ketiga, tak kurang juga kerani yang memang sudah gembira dengan pendapatan masing-masing, selesa sangat menguruskan rutin sehari-hari & seronok dikelilingi rakan pejabat yang sudah dikenali bertahun-tahun. Tambahan pula, gaji sudah cukup buat belanja barang dapur anak-beranak, kalau sakit mereka tidak kisah pun jika terpaksa beratur panjang di klinik atau hospital kerajaan, tidak travel ke mana-mana pun OK saja mereka sekeluarga, dsb.


Banyak sudah selesa dengan apa yang ada.


Walaupun menjadi CEO boleh dijadikan impian tertinggi bagi seorang pekerja, adakah adil jika mereka pencen sebagai kerani, kita salahkan PETRONAS sebagai majikan yang kejam? Kejam sebab tak semua akan pencen sebagai CEO di PETRONAS?


Tidak sama sekali kan?


Begitu juga dengan bisnes Shaklee


Seboleh-bolehnya, kita cuba sedaya upaya untuk capai rank teringgi dalam MLM Shaklee. Seboleh-bolehnya kita bekerja keras untuk capai rank Master Coordinator Shaklee. Seboleh-bolehnya kita bebas kewangan atau langsai hutang dengan bisnes Shaklee. Namun, adakah sistem Shaklee yang salah jika ada yang tidak/belum mencapai rank Master Coordinator?


Hakikatnya,

  • Ada yang mulut kata nak Master Coordinator, tapi sejak awal lagi sudah tidak yakin yang mereka boleh lakukannya.

  • Ada yang benar-benar nak naik Master Coordinator, tapi tak sanggup nak lakukan apa yang sepatutnya.

  • Tak kurang juga yang mula-mula nak naik Master Coordinator, tapi separuh jalan atau bila cabaran menduga, sudah putus asa.

Rank Master Coordinator hanyalah result atau hasil usaha yang kita dah lakukan. Semacam 6A UPSR hanya milik pelajar tahun 6 yang study bersungguh-sungguh. Atau pangkat CEO hanya milik pekerja yang berani ke depan & bijak bersuara dalam berbincang.


Hanya sebab ada yang tidak berjaya bukan bermaksud sistem MLM Shaklee ini menekan. Hanya sebab 2% saja yang akan skor 6A UPSR bukan bermaksud kementerian pendidikan saja-saja nak buat pelajarnya tertekan. Atau hanya sebab seorang saja yang boleh jadi CEO bukan bukti sistem penggajian PETRONAS itu scam.


Bukan sama sekali.


Hakikatnya,


...hanya segelintir pekerja yang bertungkus lumus pagi petang siang malam pecah kepala fikirkan cara menaikkan jualan & keuntungan syarikat, tatkala pekerja lain balik lambat 10 min pun sudah merungut.


Hakikatnya,


...hanya segelintir pelajar tahun 6 yang benar-benar ambil berat sampai sanggup mengulangkaji berkali-kali tanpa jemu, tatkala pelajar-pelajar lain tidak peduli pun apa nak jadi dengan UPSR mereka nanti.


Hakikatnya juga,


...hanya segelintir yang benar-benar ingin berjaya dalam Shaklee hingga ke Master Coordinator sampai sanggup approach prospek, yakinkan mereka tentang produk & peluang bisnes Shaklee, follow-up agar setia membeli & mengembangkan bisnes ini dan terus jalan ke depan tak kira apa pun kata haters, tatkala pengedar lain cuma mengharapkan sales tiba-tiba jatuh ke riba dengan sendirinya dan mudah sentap & kecewa melampau-lampau bila dikecam haters.


Ya, tidak dinafikan nak capai rank Master Coordinator bukan mudah. Mungkin sebab itu ramai yang tewas separuh jalan hingga sedikit saja bakinya yang tinggal untuk ke depan.


Tapi bukan semestinya anda tewas juga.


Sebaliknya, berusahalah untuk menjadi "golongon yang segelintir" itu.


Mereka yang sedikit jumlahnya tapi sangat hebat kejayaannya.


Bagi yang muslim, dalam Quran pun Allah ada sebut,

”Dan sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur” (34:13)
”Ternyata orang-orang beriman yang bersamanya hanya sedikit” (11:40)
”banyak dari golongan terdahulu dan sedikit dari golongan yang terkemudian” (56:13-14)

Hanya sebab sedikit yang masuk Syurga, adakah Allah atau Islam yang Dia turunkan itu tidak adil kan?

712 views
Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon