Harapan Palsu Kerajaan Si Pembela Nasib

Hari ini Malaysia menerima Perdana Menteri ke-8 yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, perlantikan ini hanya berlaku selepas macam-macam drama ahli politik negara.


Kalau ada satu pengajaran daripada macam-macam kisah ahli politik yang terbabit, usahlah mengharapkan pemimpin kerajaan untuk membela nasib kita.

Hakikatnya, pemimpin-pemimpin ini hanya mengejar kuasa saja.


Banyak orang masih berharap pada kerajaan untuk membela nasib mereka:

  • "tidak mengapa. nanti kerajaan bantu"

  • "buat apa nak susah-susah, kerajaan/pencen kan ada"

  • "nak minta apa-apa, minta saja pada kerajaan"

Bila terjadi sesuatu yang tidak diingini, terus menyalahkan kerajaan:

  • "sepatutnya kerajaan kena buat macam ni macam tu"

  • "tanggungjawab kerajaan memastikan aku cukup makan"

  • "ini semua salah kerajaan, bukan salah aku"

Sudah sampai masanya kita membebaskan diri dari bergantung pada sesiapa, terutamanya kerajaan. Kedudukan kewangan negara semakin lama semakin "ketat". Hampir tiada lebihan untuk dibelanjakan untuk "membantu rakyat".


Jika masih ada lagipun, ianya banyak tertumpu kumpulan "sasaran" atau kumpulan B40. Jika kita tidak termasuk dalam golongan itu, hampir pasti tidak mendapat bantuan secara terus.


Sebab itu, berniaga bukan lagi pilihan zaman sekarang. Selain peluang pekerjaan yang semakin terhad, peluang kenaikan gaji untuk yang sudah bekerja pun semakin tiada. Sedar atau tidak, situasi ini membuatkan kita semakin tersepit. Lebih-lebih lagi semua ini berlaku dalam keadaan kos sara hidup yang terus meningkat saban tahun.


Dengan berniaga, kita lebih bebas.


Tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.


Pemimpin zaman sekarang, hanya menggunakan propaganda "demi kepentingan rakyat" untuk mendapatkan jawatan. Yang pasrah, mungkin masih bergantung pada harapan palsu sebegini. Yang berdikari, ambil tanggungjawab untuk membina masa depan sendiri.


Saya, pilih perniagaan Shaklee.


Anda pula bagaimana?

0 views
Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.12281.1136

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon