Kenapa Gaji Minima Takkan Membantu Kos Sara Hidup

  • Ramai pekerja sangka hidup lebik baik selepas gaji minima dinaikkan. Tapi apa sebenarnya yang berlaku adalah sebaliknya.

  • Perniagaan yang terbeban, terpaksa membuang pekerja. Gaji pekerja meningkat, jumlah pekerja dikurangkan barulah jumlah kos dapat dikawal.

  • Akibatnya, peluang pekerjaan yang makin terhad boleh membuatkan kadar pengangguran juga meningkat.

3-4 hari lepas, kerajaan bersetuju untuk naikkan gaji minima seluruh Malaysia kepada RM1,050 sebulan & RM5.05 sejam mulai 1 Jan 2019. Kenaikkan ini agak banyak terutamanya bagi org Sabah, Sarawak & Labuan yang sebelum ini RM920 sebulan.


Naik hampir 15%.


Sekali imbas nampak macam bagus. Sekali imbas, penduduk Sabah, Sarawak & Labuan nampak akan lega. Sebab sekali imbas, gaji mereka akan dinaikkan serta merta. Tapi apa yang bakal terjadi, mungkin jauh panggang dari api.


Ini keratan akhbar yg saya jumpa masa ke South Korea bulan lepas.


Sambil sarapan, sambil terselak artikel gaji minima rakyat Korea Selatan. Perhatikan yang highlight HIJAU:

"lepas kerajaan naikkan gaji minima hingga 2-digit banyaknya bagi yang berpendapatan rendah, kenaikkan yang agak mendadak membuatkan majikan mengurangkan pengambilan pekerja"

Dengan kata lain, kenaikan gaji minima yg diharapkan mampu membantu golongan berpendapatan rendah (B40) sebenarnya membunuh mereka. Membunuh mereka sebab, elok2 ada kerja dengan gaji RM920 sebulan, terus tak dapat kerja langsung sebab majikan dipaksa menaikkan gaji pekerja lain ke RM1,050 sebulan.


Lebih teruk, gaji keseluruhan orang yg berpendapatan rendah makin turun selepas gaji minima dinaikkan (rujuk highlight MERAH). Dan ini terjadi tatkala pendapatan keseluruhan naik (rujuk highlight KUNING).


Kenapa saya kongsikan berita ini?


Kerajaan takkan dapat naikkan pendapatan kita walaupun mereka berkuasa. Sebaik mana pun niat kerajaan ingin meningkatkan gaji para pekerja, nasib setiap pekerja takkan terbela semudah yang disangka. Sebab tu, pendapatan tambahan sudah bukan lagi pilihan.


Berniaga boleh jadi jalan terbaik kerana kadar kenaikan pendapatan kita lebih cepat daripada inflasi atau perbelanjaan sekeluarga. Jika anda masih tercari-cari peluang berniaga, boleh cuba berniaga Shaklee. Kerana di Shaklee, produk-produk yang ditawarkan sudah diluluskan KKM & dijamin berkesan dengan sains.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon