EasyParcel Review

Kami banyak menggunakan khidmat pos laju prepaid selama ini. Masalah pos laju prepaid ni, tangan kami dah jadi terlalu lenguh nak menulis alamat pelanggan.


Terutamanya pelanggan yang menetap atau bekerja di Putrajaya. Sudahlah lenguh menulis alamat panjang berjela, alamat mereka ni punya lah panjang melampau sampai tak muat nak tulis dalam slip pos laju tu.


Awal tahun ni kami benar-benar give up. Mencari & terus mencari pilihan pos yang ada. Hinggalah saya jumpa EasyParcel ni.


Apa itu EasyParcel?


EasyParcel ni macam platform Agoda atau AirBnB, tapi untuk penghantaran pos. Anda boleh guna khidmat macam-macam syarikat pos (PosLaju, DHL, Pgeon, aramex, FedEx) dengan EasyParcel. Caranya, dapatkan quotation dengan masukkan alamat anda, alamat delivery & berat parcel. Kemudian pilih mana-courier service yang anda mahu.

Selesai membuat pilihan, anda buat bayaran (perlu top up dahulu), kemudian print sendiri "airway bill" semacam slip pos laju, dan lekatkan pada parcel anda. Seterusnya bergantung sama ada anda ingin courier tersebut pick-up parcel dari anda, atau anda drop di lokasi-lokasi terpilih.


Kenapa Saya Suka EasyParcel?


Pertama, saya boleh print saja "airway bill" atau slip pos tu. Jadi, tak perlu tulis alamat pelanggan yang panjang-panjang tu. Jimat masa sebab copy & paste saja alamat yang pelanggan beri dalam whatsapp atau sistem jualan. Dan jimat tenaga menulis. hihi.


Kedua, ada pilihan drop-off. Memandangkan kami biasanya on the move, kemudahan drop-off sangat membantu. Dan sebab lokasi-lokasi drop-off biasanya kedai-kedai runcit berdekatan (eg Speedmart, MyNews, etc) yang buka hingga jam 10.00 malam, kami tak perlu berkejar ke pejabat pos semasa office hour. Biasanya kami drop-off selepas isyak.


Ketiga, segalanya setempat. Dari bil bayaran, rekod alamat pelanggan hinggalah kepada tracking penghantaran. Mudah untuk kami cari tracking code jika customer complaint parcel tak sampai. Tidak perlu lagi simpan slip pos laju yang asyik hilang tu. huhu.


Apa Yang Leceh Dengan EasyParcel?


Pertama, anda perlu beli sampul bungkusan sendiri. Tak macam pos laju prepaid yang harganya sudah termasuk sampul bungkusan atau "flyers" beserta bubble wrap, anda tinggal masukkan barang & lekatkan saja. Kalau nak beli asing flyers dari EasyParcel, harganya agak mahal, tanpa bubble wrap pula tu.


Kedua, kalau pos ke Sabah/Sarawak, perlu dilekatkan juga invoice jualan (anda tak perlu buat sendiri, just print dari "airway bill" yang akan diberikan nanti saja). Walhal, tiada dokumen extra yang perlu disertakan kalau menggunakan khidmat poslaju.


Ketiga, kadang-kadang kos penghantaran ke Sabah/Sarawak terlalu mahal berbanding Pos Laju. Terutamanya kawasan pedalaman yang jauh dari bandar. Sebab itu untuk sesetengah kawasan, kami masih menggunakan khidmat Pos Laju Prepaid. Lagipun, alamat mereka tidak terlalu panjang macam alamat Putrajaya, masih masih tidak terlalu lenguh menulis.


Tips Menggunakan EasyParcel


Pertama, lagi banyak yang anda top up, lagi murah harga parcel yang anda dapat. Mula-mula saya cuba-cuba dahulu dengan top up RM20 (EP20). Bila rasa macam ok, baru saya top up yang lebih banyak. Selain dapat harga pos yang lebih murah sedikit, juga dapat kredit extra oleh EasyParcel (extra 10% juga banyaknya). Dan diberikan beberapa flyers percuma beserta penimbang berat mini.


Kedua, beli flyers kosong & bubble wrap dari e-commerce saja. Selain lebih mudah didapati, harganya juga lebih murah. Mula-mula kami bungkus dengan sampul, kemudian kotak, kemudian macam-macam lagi lah. Selain leceh, benda-benda ni agak mahal juga. Lebih berbaloi jika anda menggunakan flyers sebab ianya lebih fleksibel & murah.


Ketiga, klik sini tengok apa offer yang mereka tawarkan sekarang.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon