Disebalik Cerita Guest Speaker BLNC 2020

Updated: Feb 24

Segalanya bermula pada 7 Jan, 2020, Shaklee mengadakan Master Forum untuk para Masters. Semasa Master forum lagi pihak pengurusan Shaklee sudah mengumumkan BLNC kali ini sedikit berbeza. Ada sharing leadership oleh beberapa guest speaker. Salah seorang speaker sudah confirm menerima, cuma nak tunggu pengesahan beberapa speaker lain saja.


Mula-mula mendengar berita ni lagi saya sudah "Alhamdulillah, bukan kami". Sebab kami tidak mendapat apa-apa jemputan pun waktu itu.


Tiba-tiba, seminggu dua selepas tu, Vice President Sales & Marketing Shaklee melefon Master Lyna (isteri saya) untuk menjemput menjadi salah seorang guest speaker. Mula-mula dapat berita ni saya cakap ke isteri "they called you, so awak sorang je lah". Sekali Master Lyna jawab, "Shaklee cakap Master Lyna DAN Master Zainul. DAN Master Zainul tu entah berapa kali dia sebut".


Alahai...


Mula-mula agak keberatan juga, sebab kami sudah pun menjadi satu-satunya guest speaker semasa National Conference 2017. Jarak yang belum sampai 3 tahun tu boleh buat orang bosan juga nak tengok muka kami di atas stage tu lagi. Kedua, since kami ni dah agak "seasoned"; maklumlah dah lebih 10 tahun dalam bisnes ni, beri lah peluang ke muka-muka baru pula. Paling utama, kami sedang sibuk dengan beberapa projek bisnes sekarang ni.


Tapi sebab dalam Seminar Leadership #iReachStepUP saya pernah pesan ke downline "kalau Shaklee ajak jadi guest speaker, terima dulu fikir kemudian", saya pujuk diri untuk menerima. Rasa tak "walk the talk" pula kalau menolak tanpa alasan bisnes yang kukuh.


22 Jan, 2020 kami dipanggil untuk meeting bersama pihak pengurusan Shaklee dan guest speaker yang lain. Presiden Shaklee berkongsi visi yang beliau ada untuk tahun 2020 dan meminta kami menterjemahkannya dalam speech masing-masing.


Saya pernah bekerja dengan pihak pengurusan semasa masih bekerja dulu. Salah satu tugas, perlu menyiapkan skrip ucapan atau slide presentation yang VP saya hadiri. Pernah dalam satu global conference yang dihadiri oleh CEO pelbagai service companies, peserta siap ramai-ramai buat special request untuk mendapatkan slide yang saya sediakan untuk VP tersebut. Jadi benda menterjemahkan visi kepada misi atau skrip bukanlah sesuatu yang asing bagi saya.


Macam bagus je kan? 😆


Memandangkan 2 lagi speaker lebih junior, kami more or less boleh agak apa yang bakal mereka kongsikan. Simply because, kami pun pernah berada dalam situasi mereka sebelum ini. Jadi, kami ambil langkah proaktif untuk masukkan beberapa aspek yang berkemungkinan besar-besar tidak akan dikongsikan oleh mana-mana speaker.


Skop agak luas, dan masa yang diberikan cuma 30 min. Agak mencabar sebenarnya.


5 Feb, 2020, Shaklee minta motto kami untuk diletakkan dalam poster. Sejujurnya, kami sangat sibuk untuk itu. Memandangkan staff Shaklee asyik follow up "bila nak bagi", kami just bagi gabungan 2 event kami; event #iReachStepUP + event #iReachMoveUP = Step Up to Move Up! Kami juga memilih moto itu sebab ianya simple tapi sangat deep.


Kebetulan, moto kami yang paling compact:



12 Feb, 2020 kami dipanggil meeting lagi untuk membincangkan talking point setiap speaker. Walaupun cuma diminta menyediakan talking point, kami dah siapkan skrip penuh pun waktu itu. Kami siap dah mula rehearse pun memandangkan event tinggal seminggu saja lagi. Daripada meeting tersebut, memang terbukti Presiden membaca seluruh skrip yang kami beri. Sebab beliau asyik mengulas point-point dalam skrip kami.


Since dah confirm dapat green light, kami berlatih lebih agresif.


Personally, saya sangat tidak suka berucap di atas stage berdua (atau lebih). Sebab, ianya sangat susah bila ada insan kedua! Susah untuk plan "siapa cakap apa". Susah untuk plan "siapa nak cakap macam mana". Susah nak seimbangkan "antara dua power". Susah nak ingat "lepas apa nak cakap apa". Dan susah nak berlatih sebab "asyik kena berdua".


Especially, saya adalah jenis yang perfectionist gila. Saya bukan jenis "unprepared" dan sangat benci melihat apa-apa atau siapa-siapa yang obviously tidak bersedia. Oleh sebab tu, kami berlatih, setiap hari at least 2x, supaya masing-masing ingat skrip sampai ke DNA.


3 hari sebelum event, Shaklee minta kalau ada muzik atau lagu untuk intro/outro. For some reason, kami pilih lagu KRU "yang terhangat di pasaran". Sebab sesi kami sebelah petang dan selepas lunch, agak mencabar untuk memastikan peserta masih "buka mata". Supaya kekal berjaga, kami mula susun beberapa gimmick untuk tarik perhatian mereka.


Kami design intro dengan beberapa climax untuk buat peserta terus bertenaga:

Ini sememangnya di luar zon selesa kami.


Mula-mula, kami tidak pernah dan tidak pandai menyanyi. Selain suara sengau, pitching memang asyik lari. Saya terpaksa berlatih almost setiap jam hanya untuk membiasakan diri. Ini antara latihan dalam studio (also my office):



Saya juga terpaksa edit beberapa bahagian lirik lagu untuk disesuaikan dengan BLNC. Kemudian cara joget, Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu berapa kayu kami berdua.


Sehari sebelum event, kami ke PICC untuk rehearsal bersama Shaklee. Waktu itu juga kami susun nak keluar slide mana masa bila, susunan spotlight semasa gimmick & timing masuk/keluar lagu. Walaupun cuma seminit setengah, dia punya preparation, fuh!


Daripada bunyi bising dalam dewan, nampaknya strategi ini menjadi.



Nak tengok posing ending kami?


Adoi, apa la yang aku buat semalam? 😂


Bukan mudah untuk menjadi speaker yang berkesan. Terlalu banyak persiapan di sebalik tabir walaupun cuma 30 minit. Jadi, next time anda mendengar perkongsian sebegini, the least you can do is jangan tengok handphone, and just listen apa yang mereka kongsikan.


Jika anda tidak berkesempatan mendengar perkongsikan kami semalam, download skrip yang sudah dibukukan dalam ebook di sini (klik sini). Tidak kira anda SID lama atau orang baru, kami sudah design speech ini just nice for you. Di dalam eBook ini juga kami selitkan beberapa aksi lain semasa kami di atas stage semalam 😂. Semoga anda belajar sambil berhibur.


Guest speaker selepas ini, all the best to you!


HaHaHa!

296 views1 comment
Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon