BigPay Review: Kad Debit Yang Fleksibel

  • Kadar tukaran wang yang paling kompetitif (read: murah)

  • Tapi had top up dari kad kredit hanya RM10,000 sebulan


Saya lebih gemar menggunakan kad kredit kerana tahap keselamatannya yang tinggi. Jika ada sebarang pembelian yang mencurigakan, bank akan telefon serta-merta untuk pengesahan. Daripada pengalaman, sekiranya berlaku transaksi scam, bank akan reverse charge atau refund semula duit ke dalam akaun kad kredit.


Jadi, saya tak terfikir nak guna kad debit sama sekali.


Namun, sebab sakit hati membayar "caj kad kredit" setiap kali menempah penerbangan AirAsia, saya pun mula daftar. Bermula dengan Tune Money suatu ketika dahulu. Tapi kini Tune Money sudah diganti dengan BigPay.


Sejak BigPay mula dilancarkan awal tahun 2018 lagi saya dah daftar. Tujuannya cuma satu, supaya rasa lebih bijak boleh elak membayar "caj kad kredit" setiap kali menempah tiket AirAsia. Apa yang saya buat,

  1. Dapatkan harga tiket AirAsia yang perlu dibayar

  2. Top up kad BigPay dengan kad kredit secukupnya saja.

  3. Kemudian, buat bayaran menggunakan BigPay.

Walaupun sumber bayaran tetap dari kad kredit, tapi boleh jimat berpuluh ringgit setiap tempahan menggunakan trick & hack ini. Nampak bijak kan? 😁


Namun, penggunakan kad BigPay tidak lebih dari itu. Sebabnya,

  1. kad BigPay yang terawal tiada feature contactless.

  2. kumpul point kad kredit lebih lumayan

  3. macam makin jarang naik AirAsia

Hinggalah kad debit BigPay tu hilang entah ke mana.


Sampai lah tengok kawan-kawan asyik promote kad BigPay ni. Seronok tengok mereka yang begitu excited, saya pun contact support BigPay kalau nak ganti kad yang baru, ada ke tidak feature contactless. Bila sudah disahkan ada, saya pun top up RM20 untuk replacement charge (jika tidak, bakinya sentiasa RM0) dan 1.5 minggu lepas tu dapat kad yang baru.


Apa yang saya SUKA tentang kad BigPay?


Saya paling suka kadar tukaran wang yang sangat kompetitif. Contohnya transaksi di atas. Kadar tukaran yang BigPay kenakan sama dengan yang tertera di XE.com; RM4.11/USD.