• Lyna

Kenapa Saya Tidak Percaya kepada BIG WHY?

  • Banyak yang sudah ada BIG WHY tapi masih kurang berusaha

  • Saya tiada BIG WHY tapi struggle berusaha kerana PASSION

Walaupun banyak orang dok cakap “kena ada big why” bla bla bla, saya tak percaya perlu ada BIG WHY baru boleh berjaya. Nak tahu kenapa?

(1) saya takde apa2 BIG WHY pun masa mula2 business Shaklee 8 tahun lepas. Yilek. Saya just enjoy tolong orang lain yang baru dapat baby, menyusu dengan cemerlang, terbilang & gemilang. Bonus yg saya dapat berkadar langsung dengan jumlah ibu yang happy menyusukan anak masing2.

(2) saya banyak sangat jumpa orang yang ada BIG WHY yang sungguh dramatik; ie nak bayar bil api/air tertunggak, etc. tapi takde pun sharing atau promo apa2. Siap cakap “saya tahu saya kena sungguh2 sbb dah ada BIG WHY, tapi macam takde semangat bila nak buat Shaklee”. Dah ada BIG WHY atau push factor macam tu sekali, pun masih mampu “tak bersemangat”.

Hopefully anda faham, kenapa saya tak percayakan BIG WHY.



Hanya sebab saya tak percaya, betul ke BIG WHY ni scam? Kemudian saya discover something. Kenapa seseorang itu perlukan BIG WHY in the first place.

...Bila kita rasa susah nak buat sesuatu & bila kita rasa takut nak cuba sesuatu yang baru, kita akan tercari-cari “kenapa aku kena buat semua ni?”. Masa inilah kita akan diingatkan tentang BIG WHY kan? Supaya kita buat. Supaya kita keep on moving forward...

Tapi,

...Bila kita enjoy buat sesuatu & bila kita rasa itu memang tanggungjawab kita, kita tak perlukan apa-apa untuk buat perkara tersebut kan? Kalau husband ajak “jom melancong Mediterranean Cruise”, ada kita jawab “jap2, apa dah BIG WHY cruise?”. Atau anak merengek sebab pampers dah penuh, ada kita fikir dulu “apa BIG WHY aku cebokkan anak?” baru nak salinkan mereka? Takde kan? You dont need BIG WHY kalau enjoy apa yang you buat & ada rasa tanggungjawab nak buat.

Setuju?

With all these, ini yang saya boleh simpulkan.

Dengan BIG WHY, you’ll get “here”. Boleh lah dapat seribu dua. Tak boleh nak lebih, sebab what drive you is KETERPAKSAAN. Bila buat sesuatu sebab terpaksa, mmg lah kita akan buat dengan separuh jiwa. Pantang ada masalah atau cabaran, kita stop. Datang lagi cabaran, stop lagi. Sebab, sokmo kena paksa. Sokmo kena diingatkan “apa BIG WHY” baru boleh jalan.

Tapi dengan PASSION, you’ll get “there”. Yeah, seribu dua is nice, cukup dah belanja. Tapi kenapa nak settle dengan seribu dua kalau boleh dapat sejuta dua? Bantu seorang dua ibu menyusu memang feel good. Tapi kenapa nak stop dengan seorang dua ibu saja bila ada berjuta kot mak kat Malaysia ni. Tak perlukan BIG WHY sebab PASSION yang akan drive kita untuk harungi segala haters. Dasar haters, they just come and go. Tapi aku, I WILL STAY. Jiwa kental nak harungi cabaran ni, hanya wujud bila kita PASSION.

So, that’s it.

Ada orang dimotivasikan dengan BIG WHY. But not me. PASSION is what drive me crazy. Crazy enough to help people sampai jadi!

Anyone with me?

#paciReach #iReachPiration #iReach

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon