Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.12281.1136

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon

Berniaga Bukan Mengemis

Updated: Feb 11

Semua orang pun tahu kepentingan berniaga. Sangat digalakkan dalam agama, juga jalan paling realistik untuk menangani kemelut sara hidup yang semakin meningkat. Namun, tanggapan "berniaga seperti mengemis" membuatkan ramai yang malu untuk bermula.


Terutamanya profesional di tempat kerja.


Sedikit tips jika anda terdetik perkara yang sama. Bagaimana nak lawan perasaan yang berniaga bukan mengemis sebenarnya.


(1) Apa yang anda jual?


Produk yang anda jual atau servis yang anda sediakan banyak mempengaruhi emosi dalam berniaga. Semakin yakin anda dengan produk atau servis tersebut, semakin yakin anda mencadangkan kepada kawan-kawan, mengesyorkan kepada prospek dan berkongsi di akaun media sosial peribadi.


Sedar atau tidak, produk atau servis yang kita tawarkan menggambarkan keperibadian kita.


Kita hanya akan menjual produk atau servis yang berkualiti tinggi, sebab diri kita juga begitu. Dan kualiti tinggi di sini, bukan sekadar prasangka atau testimoni, tetapi bersandarkan sains. Kita bangga berkongsinya.


(2) Kenapa anda jual?


Kewujudan produk atau servis yang berkualiti berpunca dari keperluan yang mendalam.


Contoh, kereta/basikal itu dicipta untuk memudahkan orang bergerak. Jika anda penjual kereta perodua viva, tujuan anda menjual mungkin untuk bantu pelanggan berjimat dengan kereta baru yang paling murah. Jika anda penjual kereta BMW, tujuan anda mungkin untuk berikan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan.


Penting untuk tahu kenapa anda menjualnya supaya anda tidak perlu rasa bersalah jika dituduh "dia cakap begitu sebab dia jual benda tu". Maklumlah, pelanggan yang tidak faham nilai yang anda tawarkan memang cenderung untuk menuduh yang bukan-bukan. Selagi mana anda tahu yang tujuan anda menjual untuk menyelesaikan masalah pelanggan, abaikan kutukan tidak membina orang lain.


(3) Perasaan menerima feedback pelanggan


Satu perasaan "puas hati" memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata setiap kali mendapat maklum balas pelanggan yang sudah menggunakannya. Orang lain mungkin nampak peniaga yang menjual sambal ni biasa-biasa saja. Namun, kita akan rasa ianya sangat luar biasa bila pelanggan memberikan maklum balas,

"mak yang sebelum ni tak lalu makan pun makin berselesa bila ada sambal sedap ni"

Perasaan anda setiap kali menerima maklum balas pelanggan seperti ini sangat penting kerana inilah kadang-kadang yang akan membuatkan kita untuk terus berjuang menyebarkan kebaikan produk-produk kita. Sebab, kita rasa makin bertanggungjawab ingin orang lain juga merasai benda yang sama.


Semoga tips ini membuatkan anda jadi lebih berani untuk buang rasa malu untuk mula berniaga. Sesungguhnya, berniaga adalah sesuatu yang mulia. Kerana, produk atau servis kita dapat membantu orang lain di luar sana.


Dengan syarat, produk tersebut memang tinggi kualitinya.


Tercari-cari produk yang berbaloi untuk dijual? Hubungi saya di sini (klik sini), kita sembang-sembang lagi.