Bagaimana Saya Rekod Perbelanjaan Harian Supaya..

Updated: Feb 14

Sebelum saya kongsikan tips rekod perbelanjaan harian, suka saya nak share laporan duit yang keluar bagi keluarga kami bulan lepas. Iaitu bulan Januari 2020:

  • Hampir separuh duit yang keluar bulan lepas adalah untuk anak-anak, 42.2%. Dahsyat juga kan? Tapi nak buat macam mana, setiap awal tahun memang banyak duit yang keluar untuk macam-macam keperluan sekolah. Lebih-lebih lagi bila salah seorang anak kami mula melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama. Dan lagi seorang minta untuk belajar piano dengan grading.

  • Lebih 10% pula untuk tiket kapal terbang, 12.7%. Ini berpunca dari pembelian tiket balik ke kampung sempena cuti raya cina yang agak lewat. Kurang seminggu nak terbang baru nak beli tiket. Ini memang cabaran bila anak bersekolah di asrama. Selagi pihak sekolah tidak mengesahkan cuti sejak/sampai bila, saya memang tidak membeli tiket.

  • Lebih banyak duit habis untuk makan luar (8.4%) berbanding memasak di rumah (6.1%). Ini sedikit merunsingkan, sebab kami agak jarang makan di luar sejak terdapat kes influenza dan virus korona. Namun, bila dilihat pada rekod perbelanjaan harian, kebanyakan makan luar sebab memenuhi keperluan anak yang komen "lapar sangat" lepas balik dari sekolah petang. Inilah cabaran bila anak mula masuk ke alam remaja, tumbesaran yang cepat membuatkan mereka asyik kelaparan.

Apa pula tindakan saya selepas ini?

  • Duit belanja sekolah tu nak buat macam mana, tak boleh elak. Lagipun, saya memang mengutamakan pelajaran mereka daripada urusan-urusan lain. Apa yang saya boleh buat, kerja lebih keras lagi supaya pendapatan terus meningkat hingga cukup untuk biaya anak-anak ke kolej atau universiti pula.

  • Mungkin selepas ini jika pihak sekolah lambat sangat announce bila cuti sekolah, balik kampung dengan kereta sajalah. Lagipun, dengar khabar, sesak di jalan tidak seteruk seperti kebiasaan pada tahun ini.

  • Perlu sentiasa menyediakan makanan di rumah supaya setiap kali anak-anak komen "lapar sangat", terus ada sesuatu yang mereka boleh telan. Kami biasanya berikan mereka buah-buahan atau roti wholemeal sebagai alas perut sebelum makan malam.

Inilah manfaat yang saya dapat daripada disiplin merekod perbelanjaan harian sekeluarga.

  1. saya tahu dari mana duit datang dan ke mana duit banyak keluar atau bocor. Sekecil-kecil duit keluar RM0.80 untuk parking kereta mahupun RM0.10 cashback Touch n Go e-wallet, saya tetap rekod dalam perbelanjaan harian keluarga. Begitu juga tips yang diberi setiap kali Grab Food menghantar makanan, juga derma ke mana-mana tabung kebajikan, supaya saya tahu exactly ke mana setiap sen yang dibelanjakan.

  2. apabila sudah tahu ke mana duit keluar, mudah untuk saya adjust langkah pengawalan. Tidak salah untuk belanja makan luar sekali-sekala, terutamanya jika ada apa-apa yang ingin diraikan (kejayaan anak periksa, etc). Tapi janganlah asyik berbelanja hingga menjejaskan komitmen kita membayar pinjaman rumah/kereta atau yuran pelajaran anak-anak kemudiannya. Sebab itu penting merekod perbelanjaan harian. Agar tidak "terlajak" dalam berbelanja.

  3. bila saya sudah tahu pattern perbelanjaan yuran sekolah anak yang meningkat contohnya, lebih mudah untuk meyakinkan diri sendiri agar berusaha meningkatkan pendapatan keluarga. Berjimat pun ada hadnya. Takkan kita sanggup berjimat hingga mengabaikan pelajaran anak-anak kita. Sebab kita sudah rekod perbelanjaan harian, dan sudah nampak betapa banyak duit belanja yang bakal diperlukan, usahakan saja untuk tambah pendapatan dengan perniagaan atau pelaburan.

Namun begitu, lebih 90% keluarga tidak merekod perbelanjaan harian

Sama ada saling mengharapkan pasangan untuk mengurus segala hal berkaitan kewangan, belum ada masalah kewangan hingga berpendapat ianya hanya melecehkan, tidak mahu peduli dan tidak mahu bertanggungjawab "apa nak jadi, nanti saja fikir" atau sebab tidak jumpa cara paling efektif untuk merekod perbelanjaan harian.


Jika anda belum jumpa cara paling efektif, teruskan membaca.


Saya dan isteri sudah mencuba macam-macam cara untuk merekod perbelanjaan keluarga kami. Sejak mula berkahwin, kami rekod dalam buku secara bertulis saja. Namun, sebab buku tersebut asyik hilang entah ke mana, kami bertukar kepada dunia digital "excel" kononnya. Namun, usaha makin terencat sebab excel sangat tidak friendly untuk kegunaan harian yang bersifat peribadi seperti ini.


Kemudian, kami bertukar kepada app di iPhone.


Sejak menggunakan app ini:

  1. rekod perbelanjaan harian kami hampir tidak pernah tercicir. Setiap kali duit keluar (sama ada mengguna kad kredit/debit, e-wallet mahupun tunai), saya terus rekod perbelanjaan tersebut dalam app ini.

  2. selain rekod transaksi duit keluar masuk, saya juga boleh menyimpan gambar atau print screen resit bersama rekod perbelanjaan harian tersebut. Jadi, tak perlu risau "sudah bayar bil air atau belum", sebab ada bukti bayaran ada disertakan dalam app.

  3. lagi satu yang saya suka, boleh masukkan scheduled payment secara automatik untuk setiap bil yang kami buat auto-debit. Bil yang jumlahnya tidak konsisten setiap bulan, saya boleh pasang reminder untuk mengingatkan saya membayarnya. best kan?

  4. sudah tentu anda boleh tetapkan berapa budget untuk sesetengah atau semua perbelanjaan supaya tidak "terlajak sangat" dalam berbelanja. Saya tidak pernah pakai feature ini. Tapi saya kira ianya bagus untuk mendisiplinkan kita.

  5. saya juga boleh berkongsi "wallet" dengan isteri untuk sama-sama merekod perbelajaan seisi rumah kami. Jadi, kami sama-sama on track dan kurang risiko kebocoran yang berlebihan dalam berbelanja.

Paling best, ianya percuma.


Pengguna iPhone, klik sini untuk download.


Pengguna Android, klik sini untuk download.


Anda ahli iReach? Hadiri seminar #iReachMoveUP secepat mungkin. Anda akan discover selok-belok pengurusan kewangan; termasuk kewangan perniagaan, dengan lebih terperinci.


Ingin tambah pendapatan dengan perniagaan? Hubungi saya di sini.

160 views
Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.12281.1136

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon