Bagaimana Nak Berdepan Dengan Pengalaman Negatif?

Dalam hidup, pasti ada pengalaman yang tidak diingini. Apetah lagi dalam perniagaan, lebih banyak lagi pengalaman sebegitu. Simply because, orang berniaga perlu lebih banyak berdepan & berurusan dengan manusia berbanding yang tidak, kan?


Akan berlaku, saat-saat yang mungkin kita tidak suka atau selesa. Contohnya:


  1. customer beli produk RM1, tapi cerewet macam beli barang RM10,000. Katanya "customer is king"

  2. masa contact customer cakap OK. alih-alih share kat wall kutuk kita "seller yang tak reti jaga customer"

  3. pesaing sailang bisnes kita dengan cara yang salah di sisi undang-undang


So, apa yang kami buat?


Latih minda untuk cepat-cepat melupakan setiap kali pengalaman negatif ini berlaku.

Setiap kali berdepan dengan pengalaman negatif yang kurang enak, kami berhenti bercakap tentangnya. Semasa kejadian tu memang, "sakit hatinya tu di sini" orang kata. Tapi, kalau kita terus complaint tentang situasi tersebut, ia umpama menggaru kudis/kurap di kulit.


Aktiviti menggaru tu memang sedap lagi mengasyikan. Tapi perbuatan tersebut hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kudis atau kurap tersebut dijamin semakin melarat, kan? Begitu juga bila kita asyik complaint, complaint & complaint salahkan semua orang/benda.


Bila ada rakan niaga yang berhenti dari buat bisnes dengan kita, berhenti bercerita apa-apa yang buruk tentangnya. Walaupun sememangnya anda berada di pihak yang benar, tak perlu meroyan di wall media sosial anda. Pun tak perlu beri klue apa yang terjadi.


Anda mungkin rasa membuat perkara yang betul, cuba melepaskan perasaan (supaya tidak terlalu stress) atau cuba membersihkan nama dengan menceritakan situasi sebenar. Tapi bagi friends & follower anda yang membacanya, yang tidak memahami keadaan bisnes anda, mereka hanya akan anngap anda sebagai "orang negatif" atau "kaki complaint".


Which is, hanya akan memburukkan diri sendiri kan?


Lebih teruk, tiada orang nak sertai bisnes dengan anda.


Jika tiba-tiba anda teringat tentang situasi negatif sebegini, latih minda anda untuk mula fokus kepada perkara lain. Lebih elok jika tenaga tersebut disalurkan pada channel yang lebih produktif, atau sesuatu yang boleh mendatangkan hasil. Itu jauh lebih berbaloi.


Hakikatnya,


Perkara positif takkan berlaku pada hidup selagi anda masih berharap pengalaman negatif ini "kan bagus kalau tak jadi begitu"

Membazir masa & tenaga saja jika kita cuma mengharapkan kisah silam yang lain. Sebab, ianya dijamin takkan mengubah sejarah. Apa yang lepas, LEPAS. Apa yang penting adalah apa yang anda nak lakukan hari ini, supaya masa depan anda lebih bahagia.


Ini, jauh lebih produktif.


Setuju?

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon