• Lyna

5 Perkara Perlu Ada Untuk Berjaya [Audio]

Tekan butang PLAY di bawah untuk mula dengar perkongsian saya dalam bentuk audio:

atau baca transkrip ini:


5 Perkara Perlu Ada Untuk Berjaya


Pertama, mesti ada mentor.


Kerana mentor inilah yang akan membimbing kita dalam perjalanan menuju kejayaan. Mentor adalah orang yang telah melakukan apa yang kita sedang usahakan. Justeru, memilih mentor adalah cara paling tepat untuk mendapatkan tunjuk arah dan pinpoint kesilapan-kesilapan yang kita tak perasan.


Kedua, mesti hadir ke majlis ilmu.


Sekiranya ada kelas atau program, wajibkan diri untuk hadir. Apabila kita hadir ke kelas, kita bukan saja mendapat ilmu, malah juga mendapat kawan baru, dan menerima energy dari orang yang sama tujuannya, mahu berjaya seperti kita.


Ketiga, keyakinan diri.


Kita mesti yakin dengan diri sendiri, bahawa kita boleh berjaya. Kita mesti yakin bahawa kita adalah makhluk yang Allah ciptakan dengan keistimewaan tersendiri. Kita mesti yakin bahawa kita diciptakan untuk mengecap kejayaan.


Keempat, mesti bekerja keras dan jangan putus asa.


Walau tinggi mana cita-cita kita, kerja keras adalah perkara yang paling utama yang wajib dilakukan. Jangan putus asa, dan jangan buat kerja separuh jalan. Mesti segera bangun dan berlari.


Kelima, mesti fokus.


Tetapkan keazaman, kentalkan hati, luruskan niat. Emosi kita mesti kuat dan hebat. Perjalanan menuju kejayaan bukan mudah, oleh itu kita mesti sentiasa fokus pada apa yang kita ingin capai, maka segala dugaan tidak akan mematahkan kita.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon