Mulakan 2019 dengan Larian 111.11km

  • Azam 2019 nak complete 100km 21 Day Challenge setiap bulan (walaupun Ramadhan)

  • Alhamdulillah complete cabaran 100km January walaupun diuji sedikit


Medal untuk 21 Day Challenge tahun ni menarik bagi saya. Tahun 2019 ni, medal mereka berinspirasikan bandar-bandar utama dunia. Macam untuk cabaran January, bandar Paris sebagai inspirasi medal bagi sesiapa yang habiskan larian.


Sebab tu masa mula-mula nampak sponsored post, terus sign-up 21 Day Challenge ini untuk setahun terus. Teruja sangat 😂. Maka, terpaksa cari jalan nak habiskan 100km walaupun berpuasa di bulan Ramadhan.


Permulaan, alhamdulillah selesai juga 100km bulan January ni. Kalau ikut ranking, #25 di Malaysia. Not bad lah untuk casual runner macam saya ni (read: lari suka suki & saja2 untuk kekal sihat saja).


Sebenarnya, mencabar juga nak selesaikan misi 100km bulan ini. Walaupun pada mulanya nampak on track; sempat lari 16km di minggu pertama, minggu kedua saya down sebab tak berapa sihat sejak pulang dari Johor. Cuasa panas melampau beserta kipas tiba-tiba meletup & tak beroperasi sepanjang hari, buat badan saya overheat kot masa tu.


Plan untuk berlari 8.3km setiap Ahad, Selasa, Rabu & Jumaat; tu yang nampak graf plan pun bergerigi. Selebihnya reserve untuk berpuasa & Event Shaklee

Sebab bosan dengan badan yang lesu, saya bangun untuk power walk juga lah pagi-pagi di minggu kedua tu. Dapatlah 10km dalam 4 kali jalan-jalan santai. Mujur ada taman rekreasi yang happening belakang rumah. Lepas hantar budak-budak sekolah boleh terus jalan-jalan hirup udara segar di sana.


Alhamdulillah, badan cepat sembuh & boleh sambung selesaikan larian. Sebab minggu ke-3 tu dah macam last minit, terpaksa lah gandakan jarak larian hingga selesai hutang 100km. Cuma ada sekali tu masa di gym, dah berhenti berlari. Tetapi sebab nak tunggu seorang brader tu tak habis-habis guna mesin gym, saya lari lagi sekali. Huhu.


Terus dapat dekat 15km hari tu.



Apa nak buat selepas 21 hari bulan?


Tiada apa yang spesifik. Tapi dalam perancangan nak fokus membina otot (strength training), stairs steppers & HIIT yang lebih intensive, dan tak lupa casual hiking mana-mana bukit yang berdekatan. Harapannya, badan terbina dengan lebih holistik (aka takde lah asyik cardio berlari saja).


*Nak join 21DayChallenge ni? (ada kategori 20km, 50km, 100km & 200km). KLIK SINI.

Contact

Level 11 Menara KEN TTDI,

60000 KL, Malaysia

​​

Tel: +60.13.666.2200

​

we@ireach.my

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon