Langsai Hutang 100km Walaupun...

  • Akibat 'uzur' 10 hari pertama, terpaksa habiskan 100km dalam 10 hari sahaja.

  • Memang rasa terkseksa. Tapi itulah harga sebuah kesihatan. Perlukan disiplin.

Cuti Chinese New Year awal bulan Feb hari tu, kami terpaksa ke Poland demi meraikan kejayaan anak sulong kami dalam perperiksaan UPKK tahun lepas.


Kami tidak berjanji pun "kalau dapat XX boleh dapat YY". Tapi supaya dia lebih bersemangat menduduki UPSR tahun ni, kami fikir, ada baiknya jika kami spend quality time dengan dia seorang; jauh dari adik-adiknya.


Sebab kalau ada adik-adik, dia jarang sangat bersuara. Kami sebagai mak/ayah risau juga kalau ada apa-apa yang dipendam. Lebih-lebih lagi dia sedang dalam fasa peralihan ke alam remaja.


Sudahlah semasa kami ke Sapporo akhir tahun lepas; anak sulong kami ini meluahkan perasaannya kepada mak saya yang dia agak stress nak UPSR tahun ini.


Biasa lah nak, hidup tanpa stress can be boring.


Begitulah cerita.


Apabila sibuk nak spend time dengan anak sulong kami sepanjang travel 10 hari pertama, saya cuma ada lagi 10 hari untuk selesaikan cabaran 100km ini.


Kenapa cuma 10 hari, bukan 20 hari?


Sebab bukan sampai akhir bulan. Tapi perlu habiskan dalam 21 hari pertama setiap bulan.

Alhamdulillah, selesaikan juga 100km pagi tadi.

Sebab terpaksa habiskan larian dalam masa 10 hari sahaja, ada beberapa perkara yang terpaksa diubah.


Biasanya saya lari relax-relax saja 5-10km setiap pagi. Hari saya lebih fresh jika dimulakan sebegini.


Tapi, bila masa sudah jadi lebih singkat, jarak larian pula terpaksa ditambah ke 10-20km supaya tetap selesai hutang 100km bulan ini.


Memandangkan saya perlukan sekitar 2 -2.5 jam untuk larian 15 - 20km, ia jadi agak counter produktive jika ia dilakukan setiap pagi.